Post Tagged with: "Penulisan Ikhwah"

Tadhiyah Eid Adha

Tadhiyah Eid Adha

Salam Eid Adha 1435H Eidul Adha tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan korban. Dan korban pula tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan nabi Ibrahim dan anaknya, nabi Ismail. Saya pula mahu mengaitkan korban dengan kisah nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Pada awalnya nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah. Tetapi dengan kuasa Allah, sehingga umur nabi Ibrahim 80 tahun, Sarah […]

Read more ›
Apa Makna Ramadhan Kita?

Apa Makna Ramadhan Kita?

  مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ Daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda :“ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu ” [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim] Ramadhan 1435 […]

Read more ›
Pengorbanan dan Kemuliaan

Pengorbanan dan Kemuliaan

Kefahaman yang jelas dan kekuatan hubungan ubudiah antara hamba dengan Allah akan melahirkan sebuah jiwa yang merdeka. Hakikat kemerdekaan ini hanya dapat dirasai oleh para daie yang berjaya membebaskan diri daripada memikul perasaan tamak kepada dunia dan mendorong mereka untuk berkorban. Bai`ah mereka akan teruji ketika berhadapan dengan sekatan pemerintah yang zalim dan penyiksaan yang menggerunkan. Tetapi mereka dikira berjaya […]

Read more ›
Lembabnya dakwah!

Lembabnya dakwah!

Di corong-corong radio, portal-portal berita, siaran-siaran televisyen kini gempar dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Pelajar-pelajar Malaysia mahupun rakyat Malaysia di mana-mana ceruk dunia mesti tidak terlepas dari persoalan berkaitan kehilangan MH370 termasuklah mahasiswa di Mesir ini. Ada yang simpati dengan kehilangannya dan ada juga yang pelik dengan gelagat bomoh di KLIA kian hari. Macam-macam. Tapi saya cuba mencari makna lain […]

Read more ›
1001 Cara Menegur

1001 Cara Menegur

Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk. Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir. Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , “Mana pulak tempat yang sesuai untuk […]

Read more ›
Love and Valentine’s Day

Love and Valentine’s Day

Oleh: Ahmad Naufal Basri, Tahun 5 Perubatan, Universiti Kaherah The time of the year has come again when sales of chocolate, flowers and everything red skyrocket to the roof. Declaration of love and romanticism is heard commonly up till the highlight day of the month, Valentine’s Day. And throughout the Muslim community, the ongoing battle against Valentine’s Day continues. Countless […]

Read more ›
Puisi: Malaysiaku, Malaysia Kalian

Puisi: Malaysiaku, Malaysia Kalian

Oleh: Muhd Iqbal Bin Saedal Atas, Tahun 1 Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Kaherah Malaysia, aku masih menyintaimu, Sungguh, tidak berbelah bahagi, Ingin sekali kukucup keningmu, Seperti kucupan ibu saat kelahiran, Tetapi mengapa air matamu masih menitis, Dan rintihmu pilu kurasa? Burung burung bernyanyi menghiburmu, Pesawat pesawat menderu membangkitkanmu, Bangunan bangunan terpasak memodenkanmu. Dihiasi, disoleki, dan digagahi. Tetapi masih juga […]

Read more ›
Hamba Yang Merdeka

Hamba Yang Merdeka

    Oleh: Ahmad Nawfal bin Mohamad Fathel, Tahun Dua Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar Kaherah.   Kamal memandang sangkar burung di hadapannya. Besar dan mantap. Ada bau hancing namun semuanya diketepikan. Walau sangkar tersebut dibersihkan hari-hari, namun ada juga tahi burung yang bersepah di lantai sangkar, tidak juga dia endahkan. Di hadapan sangkar, dia dibawa jauh ke zaman dahulu, zaman […]

Read more ›
Semua Kita Adalah Wartawan

Semua Kita Adalah Wartawan

Oleh: Amar Ismat, Tahun 2 Usuluddin, Universiti Al Azhar Kaherah Melihat kepada isu Mesir yang semakin memuncak, ditambah dengan isu Syria yang sudah berlarutan lebih setahun, dan juga isu Turki  tentang hak demokrasi yang disuarakan oleh sebilangan rakyat, benar-benar menginsafkan kita selaku umat Islam. Dunia Islam milenia pasca Khilafah Uthamniyyah ini saban hari ditekan dan diasak dari segenap sudut oleh blok […]

Read more ›
Badai Laut

Badai Laut

Oleh: Haidar Mahmud, Graduan Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar Tanta Pagi itu langit cerah. Lautan berombak manja. Kelihatan di tepian pantai itu sebatang tubuh sedang menarik pukat ke dalam perahunya yang usang. Jelas kelihatan urat-urat di lengannya yang berkedut seribu .   Sambil mengusap-usap rambutnya yang putih itu, Pak Amad mengeluh halus. “Malang sungguh nasib diri ini . Isteri sudah tiada, […]

Read more ›