Terkini

Bagaimana Islam memandu Feminist

Bagaimana Islam memandu Feminist

Hari Wanita Sedunia: “Mengangkat Fitrah Wanita Muslimah.” Sebuah slogan baru yang perlu diangkat di masa kini dan disebar luaskan menembusi alam maya. Tulisan ini saya tujukan buat seluruh wanita Muslimah di seluruh dunia. Saudaraku, Sebuah realiti (i) Bumi Anbiya’, Mesir, menjadi saksi perbahasan usul fasal ketujuh Konferens Missionaris Kaherah 1906 berbunyi: “Peningkatan kemasyarakatan dan kejiwaan dalam kalangan wanita Islam (Muslimah)” […]

Read more ›
Umat pertengahan

Umat pertengahan

UMAT PERTENGAHAN   ‘’Bagaimana hidayah itu boleh sampai kepada mereka melalui umat Islam, umat pertengahan yang hanya menyimpan Islam di poket masing-masing?’’ bisik hati kecilnya. Tidak seperti malam-malam biasa, malam itu Iskandar tidak mampu pejamkan mata. Teman-temannya yang lain sudah lama dibuai mimpi yang lena. Perlahan dia menutup kitab Riyadhus Solihin yang dibacanya dari tulisan Sayyidul Mursalin karangan Abi Zakaria […]

Read more ›
Daie berjiwa besar (2)

Daie berjiwa besar (2)

“Assalamualaikum,Raudhah. Awak apa khabar?” Asma’ memulakan perbualan jarak jauh mereka dengan ucapan Rasulullah dan para sahabat.Tidak sabar menanti jawapan salamnya dari bibir sahabat yang dirindui,yang dahulu melalui segala onak dan perit bersamanya di tempat ini. “Wa..alaik…assalam..Ass..maa,mmaaf..tak jelas sikk..kit” Asma’ rasa teruji. Susahlah mahu berbual panjang jika line tersekat begini. “Allahummma yassir,Allahumma yassir,Allahumma yassir” Positif! Semua yang berlaku pada mukmin itu […]

Read more ›
Antara dua pandangan

Antara dua pandangan

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah s.w.t yang mengurniakan kita nikmat-nikmat yang kalau dihitung dan dikira dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara tidak akan dapat dihitung .Allah s.w.t berfirman: وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi […]

Read more ›
Daie berjiwa besar

Daie berjiwa besar

  Susur gajah sudah mulai lenggang. Asma’ berjalan laju ke asrama perempuan. Hari ini dia pelajar yang paling lambat pulang dari sekolah. Semalam dan sebelumnya pun dia. “Rasanya esok pun aku perlu balik lambat juga.” Pintu dormitorinya yang sudah ternganga seolah-olah menyambut kepulangannya. Beg dan buku-buku yang digendong dilepaskan di atas katil. Bahunya terasa ringan. Mahu sahaja dia berbaring sebentar, […]

Read more ›
Keperluan penukaran personaliti

Keperluan penukaran personaliti

Perbincangan berkaitan personaliti sudah lama dibincangkan oleh pakar psikologi daripada pelbagai latar belakang dan negara. Semuanya berkisar antara penerimaan aspek-aspek luaran dan tindak balas kepada aspek-aspek tersebut. Pandangan alam kepada cara mendiagnosis satu-satu masalah. Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi pandangan peribadi penulis terhadap isu yang dinyatakan di atas. Pertama sekali, perlu kita lihat kepada makna personaliti itu sendiri. […]

Read more ›
Kunci Kebangkitan Umat

Kunci Kebangkitan Umat

Mengembalikan permata yang hilang   Keadaan umat kini amat mendahagakan tokoh-tokoh ilmuan dan cendekiawan islam yang mampu membimbing mereka keluar daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya kebenaran. Sebuah hakikat yang harus kita ketahui bahawa zaman yang kita tempuhi sekarang ini  merupakan zaman fitnah akhir zaman yang mana semakin ramai orang yang jahil tentang agama Islam dan keindahannya, bahkan telah lahir pelbagai […]

Read more ›
Pemakaian pendakap gigi atau braces

Pemakaian pendakap gigi atau braces

Sudah menjadi trend remaja masa kini untuk memakai pendakap gigi atau dikenali sebagai braces. Pemakaian braces pada hakikatnya bertujuan bagi memperbetul kedudukan gigi kembali kepada kedudukan yang ideal. Namun, braces kini lebih dijadikan sebagai fesyen dan trend masyarakat terutama golongan remaja. Adakah pemakaian braces ini mematuhi syariat Islam ? Adakah dengan pemakaian braces seolah-olah mengubah ciptaan Allah s.w.t ? Untuk […]

Read more ›
Selamat Hari Raya Ibu

Selamat Hari Raya Ibu

Takbir raya datang bertalu­ talu. Selang seli dengan lagu raya yang dibiar pasang oleh jiran sebelah. Bau rendang dan kuah kacang serta gelak tawa anak­-anak kecil bermain bunga api turut hadir. Semuanya seperti di hadapan mata. Terkenang, aku dulu-­dulu mesti main bunga api. Mercun, jika saudara aku ada bawa. Jika tidak, main apa yang ada sahaja. Aku memandang tangan aku. Hitam dan berbau minyak tanah. Penuh keliling kawasan rumah kampung kami dengan panjut. Marah opah kalau panjut tak dipasang, takut kalah dengan jiran sebelah. Jadi, sebelum dapat sentuh bunga api, kami mesti selesaikan tugas panjut kami. Segera pasang, boleh main. “Aku cemburu dengan kau, boleh raya di Mesir,” kata Hilmi. “Susah­susah kau tolong aku angat beg ke bawah.” Kenangan indah beraya di kampung mengusik aku di petang ini. Nasib Hilmi menegur aku dari lamunan panjang. Aku senyum. “Kalau aku tak angkat, siapa lagi nak angkat?” Dia balas senyum aku, “tapi betul Amad. Aku cemburu dengan kau, beraya di Mesir. Macam tahun lepas, kita masak rendang sama-­sama, lodeh… pagi, lepas solat raya, kita habiskan semua…” “lepas tu tidur..” Ketawa kami pecah. Kenangan tahun lepas beraya di Mesir bersama hadir. Setelah seharian tidak tidur kerana qiam di akhir ramadhan, esoknya terus bertungkus lumus memasak lauk raya. Nasib baik ada yang beriya masak, kalau tak, tak jadi juga. Nasib baik lagi, pada malam raya kami beronda mencari kedai yang masih lagi dibuka. Akibat tidak merancang awal, banyak kedai sudah tutup. Mujur masih ada lagi yang buka, dan dapatlah kami merasa rendang di pagi raya. “dan kau.. tak beli tiket lagi kan?” tanya Hilmi sambil bermain mesej. Mungkin memberitahu kawan yang membawanya ke lapangan terbang agar segera cepat. Senyuman masih lagi belum lepas dari bibirnya. Gembira Hilmi pulang beraya di Malaysia. Aku diam. Pura-­pura sibuk mengangkat beg. “Kau bincang lah dengan mak kau. Cakap elok ­elok dengan dia. Aku rasa dia faham dengan keputusan kau.” “Kau pula, jangan lupa aku bila kau jumpa sate nanti. Kirim salam sekali dengan mak kau,” aku membalas. Hilmi senyum melihat aku. Dia perasan aku menukar topik bualan. “kau kuat mad. Aku tahu kau kuat. Kau tetap di sini sebab kau kuat. Aku balik tak lama. Nanti aku kirim gambar.” Aku menaiki tangga dengan berat. Berat sekali. Berat kerana pertarungan yang berlaku dalam diri. Aku tidak sedih kerana kawan yang pulang beraya dia Malaysia dan meninggalkan aku seorang di rumah. Aku bukan sedih sebab itu, cuma melihat ramai kawan pulang, menyebabkan aku sering tertanya sendiri, Mengapa kau tak pulang? Jujurnya, aku sudah ada jawapan. Dan jawapan itu cukup kukuh untuk menetapkan hati aku. Pulang ke Malaysia setiap tahun berbulan lamanya bagi aku tidak beberapa untung. Banyak yang terlepas jika pulang cuti musim panas. Lagi-­lagi jika kau bercita­-cita ingin menjadi seorang ulama agung, atau ingin menjadi seorang pengubah masyarakat. Jika datang ke Mesir hanya untuk pergi kelas, dan kemudiannya pulang, itu tidak akan mengubah apa-­apa. Namun soalan yang lebih jujur, yang lebih manusiawi… Kau tak sayang ibu kau? Aku membuka telefon melihat mesej tadi dengan ibu. Ibu mahu menelefon aku, cuma tadi Hilmi mahu pulang jadi aku menunda sebentar untuk membantunya mengangkat beg. Ibu masih ada lagi, dan dia mahu menelefon aku sekarang. “Jadi kau tinggal seorang sekarang di rumah?” ibu tanya selepas berbasa basi. Nadanya sinis sekali. “Kalau rumah, kosonglah. Semua balik. Tapi kawan­kawan lain ramai bu. Nanti Amad beraya rumah mereka. Kalau tak pun, mereka beraya rumah Amad.” Aku jawab sehabis baik. “Kalau ada Amad, meriah sikit raya kali ini. Gambar keluarga pun dah lama tak penuh.” Kata ibu lagi. Aku menahan sebak. Masih lagi menyusun kalimat yang terbaik untuk membalas. “Abang kau pun tahun ni balik. Sedondon ni ha baju raya tahun ni. Bukan senang dia nak pakai baju raya sama sedondon…” […]

Read more ›

Read more ›