Category: Karya

Bangkitlah!

Bangkitlah!

Oleh: Madeeha Syaheedah Hishamudin, Tahun 4 Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar Kaherah Bukan mudah mengubat umat, sedang jiwa dambakan rehat. Hati sakit melihat maksiat, tapi jasad takutkan penat. Aku boleh melihat, kerana aku ada mata. Aku mendengar, kerana telinga masih ada. Aku tak bisu, mulut mampu berbicara. Alhamdulillah, semua anggota masih berdaya. Aku nampak kejahilan di mana-mana. Manusia, tak lagi segan […]

Read more ›
Sajak : Debu-debu Ramadhan

Sajak : Debu-debu Ramadhan

  Oleh : Sumaiyyah Rushdan, Tahun 1, Perubatan AlAzhar,Kaherah   Langit bertukar menjadi semerah saga, Kalaulah ia dipudarkan kembali setelah likatnya malam, Ramadan sudah masuk hari pertama, Semua muslim sudah mula puasa, Puasa, tilawah, sedeqah, Biasanya begitu, Sekitar itu sahajakah? Mengulang kaji, belajar, muamalah,   Apakah pengakhirannya? Semua berlumba-lumba, “Tuhan,rahmatilah hambaMu ini!” “Allah, terimalah taubatku dibulan ini!” “Ya Rab, lepaskan […]

Read more ›
Sajak: Aku Dan Iskandariah

Sajak: Aku Dan Iskandariah

Oleh: Syazana Aqilah  Zulfaka, Tahun 4 , Kuliah Perubatan, Universiti Iskandariah.   Melakar cinta di bumi Iskandariah, Memahat ukiran indah tentang aku, kau dan Dia, Bumi ini bukan sahaja terkenal dengan laut Mediterranean yang istimewa, Atau dengan cuacanya yang damai dan indah, Namun di bumi inilah, aku belajar melihat dunia; Dari sudut pandang berbeza, Belajar untuk mencintai ummah, Dan rela […]

Read more ›
How-Qolah

How-Qolah

How-Qolah (La haula wala quwata illa billa) Oleh : Amirah Ab Jalil, Tahun 6, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah.   Hidup di bawah naungan hawqalah Jiwa yang lemah Didokong satu kuasa Yang mentadbir alam raya Jiwa yang tiada mampu dan tiada quwwah Terbang tinggi melonjak jauh Mencabar gunung yang enggan menerima risalah yang hancur berkecai Jiwa ini sebenarnya mampu Hidup di […]

Read more ›
Istanbul, Aku Datang!

Istanbul, Aku Datang!

Oleh: Nurul Farhana Ismail, Tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Ain Shams. Kringg! Pelajar-pelajar tingkatan 5 Brains meletakkan pena masing-masing. Ada yang diam, ada yang tersenyum. Malahan, ramai juga yang menongkat dagu. Mata mereka tidak lepas daripada mengekori lenggokan pengawas SPM, mengutip wajibat Bahasa Arab Tinggi. Muadz menyilangkan tangan. Mata bundarnya sering kali berkedip, merenung jauh- tatkala otaknya sedang berpusing 3600. […]

Read more ›
Bujang oh bujang!

Bujang oh bujang!

Oleh : Ahmad Nawfal bin Mohamad Fathel , Tahun Satu, Kuliah Syariah Al-Azhar Mesir Tempat kedua pertandingan cerpen sempena karnival SENIMAN ’13 Bagi sesetengah orang, bujang adalah sebuah istilah yang geli untuk didengar. Setengah lagi merasakan, bujang adalah keindahan dan kedamaian. Paling teringin adalah bujang. Muncul banyak memori yang menggamit hati apabila disebut bujang. Saya mengambil yang kedua adalah yang […]

Read more ›
CAFÉ CINTA- Gurindam Sukma

CAFÉ CINTA- Gurindam Sukma

  Tett… You’ve got  1 message From: Adam “ Salam ‘alaik, Fara. Apa perkembangan  terkini mengenai gerak kerja daripada AJK akhawat? Semua urusan sebelum program dapat dijalankan dengan baik?” Tett… You’ve got  1 message From: Fara “Alhamdulillah, semua unit dapat menjalankan tugasan dengan baik.”   Tett… You’ve got  1 message From: Adam “Semoga Allah balas setiap amal. Rehat secukupnya, Fara. […]

Read more ›
Epilog Sang Tinta

Epilog Sang Tinta

Oleh:  Nadhirah Muhammad Yusuf , Tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah.  Amir berdiri pantas apabila melihat Cikgu Rosmah sudah berada di muka pintu kelas 2 Aman. “Bangun semua!” Semua murid tahun 2 Aman menurut arahan ketua kelas, lantas menjawab salam yang dihulurkan oleh guru Bahasa Malaysia mereka. “Assalamualaikum semua!” Seragam satu suara bergema. “ Walaikumussalam, cikgu!” Cikgu Rosmah mengeluarkan rotan panjangnya, […]

Read more ›
Lunaskan Agendamu

Lunaskan Agendamu

Oleh : Sumaiyah Bt Rushdan, Tahun 1, Kuliah Perubatan Al-Azhar   Catatan buat umat, Hadir dari hati umat Muhammad; Umatku, Indahnya jika Islam terus meningkat, Sehingga tiada yang mampu untuk menggugat, Ketika itu, kerja kita hampir tamat, Kita akan berehat, di syurga, Jika kita pejuangnya. Umatku, Sedar dalam layu, Bukan kerana kamu Melayu, Tapi atas sebab agendamu kelu, Ada, tapi […]

Read more ›
Murabbi Sejati

Murabbi Sejati

Oleh : Nur Fatin Halil, SarjanaSyariah Islamiah, Kuliah Darul Ulum.   Hadirnya ibarat kuntuman subur Mewarnai diri ini Membisikkan di kalbuku erti hidup Seorang hamba Tuhan Menuntunku mengharungi duri dan sembilu Di atas jalan seorang pejuang Yang harus utuh dan teguh Pernah manik-manik katanya Meruntun sanubari Mutiara kalamnya Mengubah diri ini Petah ajarannya Menyelamatkan aku dari kejahilan sendiri Aku yang […]

Read more ›