Category: Cerpen

Aku Syahid, kau siapa?

Aku Syahid, kau siapa?

Perkarangan Dewan Utama Universiti Putra Malaya mulai lenggang memandangkan waktu kuliah sudah lama tamat. Anak tangga didaki. Dia meneruskan langkah menuju ke perpustakaan utama. Assignment perlu disiapkan segera. Akhir bulan ini, dia akan menyertai misi bantuan kemanusiaan. ***** Kotak bungkusan ubat-ubatan dikira dengan teliti. Bungkusan makanan juga disusun rapi di dalam kotak kayu. Guni beras di dalam lori dipindahkan ke […]

Read more ›
Daie berjiwa besar (2)

Daie berjiwa besar (2)

“Assalamualaikum,Raudhah. Awak apa khabar?” Asma’ memulakan perbualan jarak jauh mereka dengan ucapan Rasulullah dan para sahabat.Tidak sabar menanti jawapan salamnya dari bibir sahabat yang dirindui,yang dahulu melalui segala onak dan perit bersamanya di tempat ini. “Wa..alaik…assalam..Ass..maa,mmaaf..tak jelas sikk..kit” Asma’ rasa teruji. Susahlah mahu berbual panjang jika line tersekat begini. “Allahummma yassir,Allahumma yassir,Allahumma yassir” Positif! Semua yang berlaku pada mukmin itu […]

Read more ›
Daie berjiwa besar

Daie berjiwa besar

  Susur gajah sudah mulai lenggang. Asma’ berjalan laju ke asrama perempuan. Hari ini dia pelajar yang paling lambat pulang dari sekolah. Semalam dan sebelumnya pun dia. “Rasanya esok pun aku perlu balik lambat juga.” Pintu dormitorinya yang sudah ternganga seolah-olah menyambut kepulangannya. Beg dan buku-buku yang digendong dilepaskan di atas katil. Bahunya terasa ringan. Mahu sahaja dia berbaring sebentar, […]

Read more ›
Selamat Hari Raya Ibu

Selamat Hari Raya Ibu

Takbir raya datang bertalu­ talu. Selang seli dengan lagu raya yang dibiar pasang oleh jiran sebelah. Bau rendang dan kuah kacang serta gelak tawa anak­-anak kecil bermain bunga api turut hadir. Semuanya seperti di hadapan mata. Terkenang, aku dulu-­dulu mesti main bunga api. Mercun, jika saudara aku ada bawa. Jika tidak, main apa yang ada sahaja. Aku memandang tangan aku. Hitam dan berbau minyak tanah. Penuh keliling kawasan rumah kampung kami dengan panjut. Marah opah kalau panjut tak dipasang, takut kalah dengan jiran sebelah. Jadi, sebelum dapat sentuh bunga api, kami mesti selesaikan tugas panjut kami. Segera pasang, boleh main. “Aku cemburu dengan kau, boleh raya di Mesir,” kata Hilmi. “Susah­susah kau tolong aku angat beg ke bawah.” Kenangan indah beraya di kampung mengusik aku di petang ini. Nasib Hilmi menegur aku dari lamunan panjang. Aku senyum. “Kalau aku tak angkat, siapa lagi nak angkat?” Dia balas senyum aku, “tapi betul Amad. Aku cemburu dengan kau, beraya di Mesir. Macam tahun lepas, kita masak rendang sama-­sama, lodeh… pagi, lepas solat raya, kita habiskan semua…” “lepas tu tidur..” Ketawa kami pecah. Kenangan tahun lepas beraya di Mesir bersama hadir. Setelah seharian tidak tidur kerana qiam di akhir ramadhan, esoknya terus bertungkus lumus memasak lauk raya. Nasib baik ada yang beriya masak, kalau tak, tak jadi juga. Nasib baik lagi, pada malam raya kami beronda mencari kedai yang masih lagi dibuka. Akibat tidak merancang awal, banyak kedai sudah tutup. Mujur masih ada lagi yang buka, dan dapatlah kami merasa rendang di pagi raya. “dan kau.. tak beli tiket lagi kan?” tanya Hilmi sambil bermain mesej. Mungkin memberitahu kawan yang membawanya ke lapangan terbang agar segera cepat. Senyuman masih lagi belum lepas dari bibirnya. Gembira Hilmi pulang beraya di Malaysia. Aku diam. Pura-­pura sibuk mengangkat beg. “Kau bincang lah dengan mak kau. Cakap elok ­elok dengan dia. Aku rasa dia faham dengan keputusan kau.” “Kau pula, jangan lupa aku bila kau jumpa sate nanti. Kirim salam sekali dengan mak kau,” aku membalas. Hilmi senyum melihat aku. Dia perasan aku menukar topik bualan. “kau kuat mad. Aku tahu kau kuat. Kau tetap di sini sebab kau kuat. Aku balik tak lama. Nanti aku kirim gambar.” Aku menaiki tangga dengan berat. Berat sekali. Berat kerana pertarungan yang berlaku dalam diri. Aku tidak sedih kerana kawan yang pulang beraya dia Malaysia dan meninggalkan aku seorang di rumah. Aku bukan sedih sebab itu, cuma melihat ramai kawan pulang, menyebabkan aku sering tertanya sendiri, Mengapa kau tak pulang? Jujurnya, aku sudah ada jawapan. Dan jawapan itu cukup kukuh untuk menetapkan hati aku. Pulang ke Malaysia setiap tahun berbulan lamanya bagi aku tidak beberapa untung. Banyak yang terlepas jika pulang cuti musim panas. Lagi-­lagi jika kau bercita­-cita ingin menjadi seorang ulama agung, atau ingin menjadi seorang pengubah masyarakat. Jika datang ke Mesir hanya untuk pergi kelas, dan kemudiannya pulang, itu tidak akan mengubah apa-­apa. Namun soalan yang lebih jujur, yang lebih manusiawi… Kau tak sayang ibu kau? Aku membuka telefon melihat mesej tadi dengan ibu. Ibu mahu menelefon aku, cuma tadi Hilmi mahu pulang jadi aku menunda sebentar untuk membantunya mengangkat beg. Ibu masih ada lagi, dan dia mahu menelefon aku sekarang. “Jadi kau tinggal seorang sekarang di rumah?” ibu tanya selepas berbasa basi. Nadanya sinis sekali. “Kalau rumah, kosonglah. Semua balik. Tapi kawan­kawan lain ramai bu. Nanti Amad beraya rumah mereka. Kalau tak pun, mereka beraya rumah Amad.” Aku jawab sehabis baik. “Kalau ada Amad, meriah sikit raya kali ini. Gambar keluarga pun dah lama tak penuh.” Kata ibu lagi. Aku menahan sebak. Masih lagi menyusun kalimat yang terbaik untuk membalas. “Abang kau pun tahun ni balik. Sedondon ni ha baju raya tahun ni. Bukan senang dia nak pakai baju raya sama sedondon…” […]

Read more ›
Petak

Petak

Syahir membuka pintu bilik sebelah. Perlahan dia memulas tombol pintu dan membukanya separuh. Kepalanya dipanjangkan mengintai di mana kawan serumahnya yang lain. Dia perasan Karim sedang berbaring di atas lantai dan Farhan di hadapan komputer. Dia membuka suaranya,   “Kalau nak makan, jom. Sebab makanan sudah sedia hidang. Takut sejuk nanti”   Kedua mereka berpaling tanpa suara.   “Kalau nak, […]

Read more ›
Falsafah Bola

Falsafah Bola

Kami ISMA Mesir, main bola setiap jumaat lepas subuh untuk ukhuwwah, sihat dan disiplin Oleh: Ahmad Nawfal bin Mohamad Fathel, Tahun Tiga Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar Kaherah.   Mata masih berbinar daripada tadi. Dicubanya berkelip-kelip tapi masih tidak nampak apa-apa. Pandangan jadi samar dan berbinar. Sedang tangan memicit-micit kepala menahan sakit bingit dan bunyi nyaring yang berterusan. Telinga menangkap beberapa […]

Read more ›
Asma Amanina

Asma Amanina

                  Oleh: Lubabah Muhsin, Tahun 2 Fakulti Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah “ Ummi, mana Abi? ” tanya Asma’ sebaik sahaja bangkit dari tidur. Dia mengesat-ngesat kelopak matanya. “ Abi pergi berjuang, wahai anakku.” Ummi yang sedang memasak bubur hanya tersenyum. Asma’ Cuma terkebil-kebil mendengar jawapan ibunya. Tidak lama kemudian, pintu rumah […]

Read more ›
Pasca Ramadhan

Pasca Ramadhan

Oleh:Lubabah binti Muhsin, Tahun 2, Kuliah Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah NAGOYA COLLECTION “ Tauke, saya mahu kain ini 4 meter. Embroidery pattern untuk buat baju kurung. Satu lagi, kain siffon, full lining. ” Seorang lelaki berkemeja biru segera mencapai pembaris panjang dan mengukur kain. “ Angah, sini. Pilih hendak kain warna apa. Corak Paisley ok?”Tanya Mama. Pandangan Mama berkalih […]

Read more ›
Gai

Gai

Oleh:  Lubabah Muhsin, Tahun 2 Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Azhar, Kaherah. “ Zaid, bila hendak datang rumah? ” “ Gai…” “ Bila exam akhi? ” “ Gai…” “ Tahu tidak bila tarikh pilihanraya Mesir? ” “ Gai…” “ Ya sheikh, bila Ramadhan? ” “ Gai, insya Allah…” ***** COUNTDOWN RAMADHAN Muhammad membelek kalendar Hijrah 2014. Pen marker di tangannya membulatkan […]

Read more ›
Hamba Yang Merdeka

Hamba Yang Merdeka

    Oleh: Ahmad Nawfal bin Mohamad Fathel, Tahun Dua Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar Kaherah.   Kamal memandang sangkar burung di hadapannya. Besar dan mantap. Ada bau hancing namun semuanya diketepikan. Walau sangkar tersebut dibersihkan hari-hari, namun ada juga tahi burung yang bersepah di lantai sangkar, tidak juga dia endahkan. Di hadapan sangkar, dia dibawa jauh ke zaman dahulu, zaman […]

Read more ›