Neraca wahyu

 

Aku berlindung dengan nama Nama Allah, dari Syaitan yang direjam.

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الأمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ (١٨)

Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari (agama itu), maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.

(Al Jathiah:18)

 

Kita sedang diasak arus normalisasi yang memaksa kita untuk menerima sesuatu yang salah sebagai betul, ataupun paling kurang memaksa kita untuk membiarkan sahaja kesalahan itu berlaku.

Pemaksaan untuk menerima gay, lesbian, pondan, transgender, biseksual dan lain-lain norma dan nilai yang salah semakin menjadi-jadi.

Kemunculan filem-filem yang menampilkan watak-watak berkeperibadian songsang seperti gay dan lesbian semakin melambak dipasaran. Muncul pula gerai jualan nasi lemak pondan dan gay yang cuba membiasakan perkara yang tak patut dianggap biasa.

Lebih merunsingkan daripada itu adalah cara fikir aneh yang menjustifikasikan perkara-perkara songsang itu, sehingga ada yang menganggap perlakuan seks sejenis adalah tidak salah kerana ada binatang yang berbuat sedemikian.

Semuanya berlaku bila wahyu tidak lagi dijadikan neraca penentu betul atau salah. Manusia lebih cenderung untuk menggunakan akal yang hakikatnya terbatas kemampuannya, dan cenderung untuk dimanipulasikan oleh nafsu. Kerana itu muncul logik-logik yang sangat pelik seperti cara fikir tadi.

 

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ  (٧١)

Dan seandainya kebenaran itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan Kami telah memberikan peringatan kepada mereka, tetapi mereka berpaling dari peringatan itu.

(Al-Mukminun:71)

Ini merupakan satu hakikat yang perlu difahami dengan lumat, Al-Quran telah merekodkan pelbagai peristiwa mengenai golongan-golongan yang tidak menjadikan wahyu sebagai neraca panduan mereka.

Kerana menganggap diri bijak Iblis telah dilaknat akibat dia merasakan asal kejadiannya dari api itu lebih mulia dari manusia yang berasal dari tanah. Siapalah dia untuk menyanggah ketetapan dari Allah.

(٧٤)قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ (٧٥) قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (٧٦)قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ (٧٧) وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ (٧٨)

75. Allah berfirman, “Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua Tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?”

76. (Iblis) berkata, “Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

77. Allah berfirman, “Kalau begitu keluarlah kamu dari syurga! Sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk,

78. Dan sungguh, kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.”

(Sad:75-78)

 

Kerana menganggap kepandaian diri sendiri yang menghasilkan kekayaan, menyebabkan Qarun ditimpa azab.

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ (٧٨)

Dia (Qarun) berkata, “Sesungguhnya aku diberi harta itu, semata-mata karena ilmu yang ada padaku.” Tidakkah dia tahu, bahwa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.

(Al-Qasas:78)

 

Seorang ulama dalam sebuah karyanya berkata:

“Pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut keinginan orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah diantara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok kedalamnya orang yang jahil.”

Kerana itu, wajib bagi seorang Muslim untuk menjadikan wahyu sebagai neraca penentu kebenaran dan panduan dalam menjalani kehidupan.

 

الم (١) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥)

1. Alif laam miim.

2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

3. (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

4. Dan mereka yang beriman kepada kitab yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(Al-Baqarah: 1-5)

 

Wallahua’lam.

photo_2017-08-06_14-23-16

Muhamad Rusydan bin Muhamad Yusup

Kuliah Syariah Tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah.

Comments

comments

Leave a Comment