Menuju langit tertinggi

 

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

Yang bermaksud : Islam adalah yang paling tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Allah swt telah memilih Islam sebagai agama yang suci berbanding agama-agama yang lain dan juga merupakan agama yang paling tinggi dan benar. Namun, Islam menegah umatnya untuk menghina dan mencari kesalahan agama lain selain Islam.

الإسلام يولد على الفطرة

Yang bermaksud : Agama islam itu terlahir daripada fitrah.

Ketiadaan kepercayaan kepada Allah s.w.t menjadikan seorang manusia akan hilang arah tujuan hidup dan betapa lemahnya seorang manusia tanpa ada kekuatan daripada penciptanya, seolah-olah pokok yang tiada akarnya. Seorang manusia juga tidak akan mendapat erti kehidupan sekiranya meletakkan tuhan di tangan, tetapi bukan di hati.

Seterusnya, manusia yang bergelar seorang hamba yang taat kepada tuhannya merasakan  dan merasai bahawa Allah sedang melihat dirinya. Seperti di dalam hadis :

أن تعبد الله كأنك تراه ولم فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Berdasarkan hadis berikut, seseorang yang menjadikan dirinya sebagai hamba yang beribadah dengan sebenar-benar ibadah haruslah mempercayai dan mengimani bahawasanya Allah sedang memerhatikan dirinya setiap masa dan disebabkan seseorang itu merasakan Allah sedang memerhatikan,timbul perasaan takut untuk melakukan sebarang kesilapan dan kemaksiatan kepada Allah swt.

Pelbagai cara dan kaedah yang telah digariskan oleh para ulama yang terdahulu tentang cara mengabdikan diri. Sebagai contoh yang telah dikisahkan oleh seorang sahabat Rasulullah sendiri iaitu A’bad ibn Bishr, seorang pembaca al-Quran yang sangat merdu ketika mana Saidatina Aisyah mendengar lantunan ayat suci al-quran. Ketika Rasulullah menginginkan wakil untuk berjaga malam, A’bad ibn Bishr merelakan dirinya untuk berjaga malam dan menjaga kawasan umat Islam bersama seorang sahabatnya. Ketika A’bad ibn Bishr ingin mendirikan solat tahajud, datang satu panahan daripada kafir Quraisy sehinggakan A’bad ibn bishr tidak menghiraukan panahan walaupun darah keluar melalui badan beliau. Namun, apa yang dititikberatkan melalui kisah ini adalah betapa khusyuknya ibadah sahabat Rasulullah pada zaman dahulu. Maka seharusnya peristiwa ini wajar menjadikan sahabat rasulullah sebagai suri teladan dalam beribadah kepada Allah swt.

Selain itu, ibadah juga bukanlah semata-mata di atas tikar sejadah, sedangkan definisi ibadah merupakan apa yang manusia lakukan di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bermain bola dalam keadaan menutup aurat, tidak mengeluarkan kata-kata kesat ketika bersembang dengan rakan-rakan. Di sini, betapa pentingnya seseorang untuk berniat semata-mata kerana Allah swt sahaja tanpa ada sesuatu pun perasaan hasad atau dengki di dalam hati seseorang. Seperti di dalam hadis :

إنما الأعمال بالنية وإنما لكل امرى ما نوى

Sehubungan dengan itu, betapa besarnya impak niat seseorang dalam ibadah kepada Allah swt.. Sebagai contoh, seseorang yang sedang berniat untuk mengadakan bangun malam pada keesokan malam, namun apa yang ingin diniatkan itu tidak kesampaian untuk dilakukan, maka hal itu dikia masih lagi mendapat pahala niat itu. Kalau seseorang itu berniat jahat untuk mencuri duit, tetapi tidak kesampaian melakukannya, dikira tidak jatuh dosanya itu. Maknanya, niat boleh hadir dalam pelbagai tindakan sama ada yang baik atau buruk. Jadi niat adalah perkara yang paling penting dalam beribadah kepada Allah swt. Niat merupakan suatu proses yang menentukan tujuan seseorang hamba itu dapat merasai akan kehadiran Rabbnya walaupun berada di sesuatu kawasan ataupun tempat yang sunyi, gelap dan kecil seperti berada di dalam gua.

Persoalan penting yang perlu ditanya dalam hati diri sendiri khususnya pada seseorang yang merasakan dirinya seorang hamba adalah, sudah cukupkah amalan dari pagi bangun tidur sehinggalah malam menjemput untuk tidur? Sedangkan dalam firman Allah swt yang bermaksud “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” 23:115

Berdasarkan firman Allah swt di atas seharusnya perlu ditelusuri dan didalami akan persoalan-persoalan yang Allah timbulkan kepada hambanya. Persoalannya, adakah masih cukup ubudiah kepada Allah? Adakah sudah mencukupi ibadah-ibadah yang dilakukan untuk memberatkan timbangan ke syurga atau sebaliknya?. Adakah Allah menciptakan manusia hanyalah bersahaja tanpa ada hikmahnya? Adakah seharusnya menyangka tiada ganjaran bagi hamba yang soleh dan balasan bagi hamba yang kufur? Persoalan-persoalan ini seharusnya bermain di dalam benak seseorang mahupun dia masih muda ataupun tua.

Iman yang meyakini bahawa ganjaran syurga bagi orang mukmin dan neraka bagi orang kafir seharusnya mestilah tidak boleh tidak mempunyai suatu gambaran ataupun membentuk satu tasawur yang jelas tentang kehidupan manusia di atas muka bumi Allah swt. Perasaan, hati, jiwa ,mental, harta dan sebagainya semuanya semata-mata hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah swt secara hakiki bukan palsu.

Natijahnya, ubudiah manusia hanyalah kepada Allah swt yang maha melihat akan hamba-hambanya. Bukanlah kepada seorang manusia yang mempunyai banyak duit ataupun seorang yang mahsyur di atas muka bumi ini? Di manakah mulianya seorang manusia yang akhirnya meletakkan dahinya di atas tanah? Sujudlah dengan sebenar benar sujud. Yang hanya Allah melihat bukanlah banyaknya pada amal seseorang tetapi Allah melihat betapa besarnya takwa seseorang pada Allah swt.

12122765_966104730095352_1697982327256875182_n

Penulis: Ahmad Abbad bin Fadzlan Shahidi
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 1

Comments

comments

Leave a Comment