Daie berjiwa besar (2)

“Assalamualaikum,Raudhah. Awak apa khabar?”

Asma’ memulakan perbualan jarak jauh mereka dengan ucapan Rasulullah dan para sahabat.Tidak sabar menanti jawapan salamnya dari bibir sahabat yang dirindui,yang dahulu melalui segala onak dan perit bersamanya di tempat ini.

“Wa..alaik…assalam..Ass..maa,mmaaf..tak jelas sikk..kit”

Asma’ rasa teruji. Susahlah mahu berbual panjang jika line tersekat begini.

“Allahummma yassir,Allahumma yassir,Allahumma yassir

Positif! Semua yang berlaku pada mukmin itu baik baginya. Apabila diuji dia sabar,itu baik untuknya. Apabila diberi nikmat dia bersyukur,itu pun baik untuknya.

Enti sihat ke,Asma’?macam mana sekolah?”

“Zahraaa!”

Allah mahu uji sikit saja Asma’.Cepat menggelabah pula.Getus hati dia tatkala suara Zahra’ ďidengar lancar. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Dengar suara sahabat ini pun terasa mahu melompat-lompat gembira.

“Eh,Zahra..lain sikit lah,sejak bila awak ber’ana-ana’ ni?”

“oh ye ke.Haah Asma’.Meh ana cerita kat enti.”

*****

Asma’ merenung langit gelap. Baru tahun lepas Zahra berdiri di sebelahnya menikmati ciptaan unik ini. Langit bergantung di atas tanpa sebarang tiang atau tali yang menyokongnya. Kadang kala dia merintikkan titisan air di dedaunan pohon-pohon dan rerumput supaya tumbuh, bunga-bunga kembang mekar, menggeburkan lagi tanah yang tersedia subur. Semua itu untuk manfaat manusia, untuk kegunaan mereka. Baiknya Tuhan,tidak tahu kenapa masih ada yang mencari tuhan selain Dia,Allah yang Esa.

Ana tak tahu macam mana nak bagi gambaran pada enti. Cuba enti bayangkan, ada orang kejut ana pagi-pagi, ana ingat nak solat Subuh. Bila tengok jam, lagi satu jam nak subuh. Ana pandang sebelah,dah tiada orang. Rupanya ana sorang sahaja yang masih di dalam selimut.”

“Awak nak cakap, diorang semua bangun qiam, eh?”

“Itulah Asma’. Belum Subuh lagi rumah ana dah sibuk. Ana suka sangat suasana rumah dan akhowat disini. Ana teringin nak enti pun rasa apa yang ana rasa. Pagi-pagi masakkan sarapan,lepas tu bekalkan pada ana, siap bagi kata-kata lagi.”

“Apa yang diorang tulis kat awak?”

Tajdid niat! Waktu mula-mula dapat kata-kata tu, ana tak adalah  perhati sangat. Sekadar baca dan anggukkan je.Tapi bila ana pergi program ke,majlis ke dan apa-apa aktiviti kebanyakan yang diorang suka cakap,tajdid niat. Perbaharui niat semula.”

“Sebab, takut amal jadi sia-sia jika niat tak betul. Niat kita kadang-kadang berubah tanpa kita sedari. Niat asal kita datang sini nak belajar,tapi bila diuji sikit dengan gadjet ke,kawan ke,orang Arab ke,tanpa sedar kita dah lari dari niat kita yang sebenar.”

“Amal yang kecil boleh jadi besar disebabkan niat. Amal yang besar boleh jadi kecil juga disebabkan niat. Bila diorang asyik sebut pasal niat,ana baru ada kesedaran. Enti faham tak tu? Ada beza:tahu dan sedar.”

“Zahra, seronoknya jumpa orang macam tu. Bestnya awak.”

“Seronok Asma’.Teringin nak enti rasa juga. Nanti datanglah sini. Duduk dengan ana. Nanti ana kenalkan semua akhowat yang hebat-hebat ni,”

“Nak!! Doakanlah saya.Saya tak sabar nak habis di sini,”Asma’ rasa teruja.

“Tak mengapa Asma’. Apa yang penting adalah apa yang enti beri. Macam mana dengan diri enti? Bagaimana akhlak enti? Bagaimana ikhtiar dan tawakkal enti? Enti buat macam Rasulullah,ingat tak kisah Rasulullah dan Yahudi buta?”

“Ingat…”

“Bila orang Yahudi itu sedar akan kebaikan Rasulullah?”

“Selepas Baginda …dah tiada di dunia..”

Mudah sahaja jawapan Zahra apabila dia adukan masalahnya.

Rasulullah! Memang tepat pilihan Allah. Baginda layak menjadi kekasih Allah. Bagaimana dia boleh menjadi penyayang seperti baginda?

*****

Asma’ mengubah tempat berdiri. Matanya melilau melihat sekeliling. Mencari sudut yang sesuai. Malam ini adalah pengakhiran rasa gundah di hati.Tidak boleh harinya berlalu pergi,sedang dia masih buntu mencari solusi.

“Assalamualaikum warahmmatullah,..”

Asma’ kembali menghadap wajah ke hadapan. Lantas mulut terkumat-kamit mengalun istighfar. Hatinya mungkin dalam keadaan kotor tanpa sedar.Sebab itulah dia mudah mahu meluat apatah lagi membenci.

“Akak!”

Astaghfirullah! Terkejut aku budak nih,” Asma’ mengurut dada.

“Akak solat apa pukul sepuluh malam ni? Akak tak solat Isya’ berjemaah ye tadi..”

Tersengih-sengih adik ini. Entah bila dia ada di situ pun Asma’ tidak perasan. Maryam bersimpuh mengadap muka Asma’ dari sisi kiri. Masih lekang leretan bibirnya.

“Kenapa sengih-sengih dengan akak ni? Dah habis homework ke belum?”

“Akak mesti tunaikan janji akak,” Maryam tidak menjawab soalan Asma’.

“Eh,janji  mana pula ni…Ya Allah,Maryam jangan buat main janji-janji eh,tak baik.”

Astaghfirullahal azim. Semoga Alllah ampunkan dosa akak kerana telah lupa apa yang akak ucapkan.”

Berdebar pula Asma’ dibuatnya. Dia memandang Maryam dengan kerutan di dahi.

“Akak,saya nak dengar cerita, yang akak cakap hari tu, waktu usrah kita. Akak belum cerita lagi.Saya ni pantang orang buat saya tertanya-tanya. Cerita sekarang boleh tak akak?” Maryam tersengih.

Asma’ membuat muka sebelum membuka cerita. Barulah dia teringat hari tu dia terus masuk ke bahan usrah. Waktu itu dia sudah hilang ceria .Dia berfikir sebentar cuba mengingati kisah apa yang mahu diceritakan waktu usrah semalam.

“Akak saja nak kongsi cerita pasal Rasulullah sewaktu Baginda ke Taif. Waktu itu orang Islam ramai diseksa sebab masuk Islam,ikut Rasulullah s.a.w. Jadi Rasulullah cuba cari satu tempat yang Baginda dapat sebarkan dakwah dengan aman. Salah satu tempat yang Baginda pergi adalah Taif.”

“Tapi di Taif, penduduk di situ tidak terima seruan Baginda. Malah mereka menuduh Baginda dan menghasut kanak-kanak supaya membaling batu pada Baginda. Waktu itu darah Baginda mengalir dan ada riwayat kata sehingga sepatu Baginda bertakung dengan darah.”

“Ya ke akak? Ya Allah..sedihnya cerita ni..Lepas tu akak?” Maryam khusyuk mendengar cerita.

Jiwanya terasa sebak. Asma’ menarik nafas,kemudian dihembus perlahan. Cuba dielak dari menangis di depan Maryam. Berat rasanya mahu menyambung jalan cerita.

“Selepas itu Baginda duduk di bawah pokok dan mengadu pada Allah.”

“Dalam keadaan Baginda yang cedera, malaikat datang memberi pilihan, kerana kaum ini telah menyakiti Baginda.Tetapi Baginda menolak tidak mahu umatnya diseksa. Malah mahu menyimpan doa mustajab itu di akhirat nanti,untuk umatnya. Untuk kita.”

“Baiknya Rasulullah kan akak.”

Asma’ mengangguk. Mereka diam sebentar.

Bismikallahumma ahyaa wa amuut,amen. Kak Asma’,terima kasih beritahu saya kisah-kisah Nabi. Saya suka sangat, sebab kisah Nabi buat saya tersentuh dan saya rasa sayang sangat pada Nabi. Kisah Nabi lagi syok dari semua movie yang pernah saya tengok, yang pernah saya baca. Saya rasa berbangga sebab saya ikut jalan Nabi dan Rasul,” ujar Maryam sebelum mereka berpisah.

Asma’ terpana.Tidak dapat dibezakan sama ada ini sentap atau basah. Teringat kata gurunya siang tadi.

Asma’,kalau ada orang tak nak apa yang awak bawa,masih ramai orang yang nak.Cuma mungkin Allah belum pertemukan hari ini.”

“Akak,maaf ganggu tau. Bedtime story akak terbaik lah. Saya pergi dulu ye akak. Assalamualaikum.”

Maryam menyalami dia. Rasa macam mak-mak pula. Asma’ senyum sahaja. Tidak lebih atau kurang. Banyak sungguh Allah bagi ibrah hari ini. Mana tidaknya ,gara-gara sedikit kata yang sukar diterima banyak kerja dia tergendala. Terima kasih Allah! Alhamdulillah!

Pandangannya mengekori Maryam yang sudah beberapa langkah menjauhi dia.

Atau kadang-kadang kita yang tak sedar orang tu ada berdekatan dengan kita. Jadi,jangan terlalu sedih. Betulkan niat semula.”

“Betulkan niat,Asma’.”

Baru dia sedar,dia sedih atas apa yang Salma kata tentang dia. Dia bukan sedih kerana Salma tidak mahu terima apa yang dia bawa. Sebab itu sedihnya sehingga mengganggu kerja-kerja lainnya. Sedangkan kerja itu penting untuk dia,kerana dia yang akan membawa risalah ini nanti. Penting untuk dia membina diri untuk menyumbang pada agama. Dirinya diserahkan untuk manfaat ummat.

Asma’ membuka mushaf al-quran, dibeleknya rambang. Mengharap Allah memberinya ayat yang memujuk. Bukankah Ustazah kata kalam Allah meneguhkan hati Rasulullah, akhlak Rasulullah adalah al-quran. Jadi,mesti jadi seperti Rasulullah.Mesti teguhkan hati dengan al-quran!

Jadikan hari ini permulaannya,Bismillah…

“Dan sungguh,Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara orang yang bersujud(solat),dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin(ajal) datang kepadamu.”(al-hijr:97-99)

Memahaminya Allah. Kalau begini dia terasa sakitnya,tentu Rasulullah rasa lebih lagi .Ini baru sikit,manjanya dia!

“Ya Allah,tempatkanlah aku dalam kalangan hamba-hamba yang Engkau redhai di dunia ini,tegar melaksanakan dakwah seperti Rasulullah dan para sahabat dan tempatkanlah aku di Akhirat bersama mereka.”

Hadiah untuk Salma, Maryam, Aisya, Kauthar dan Sarah.

“Bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan mendapat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

Asma’ menampal kertas comel itu pada coklat yang dibeli dengan duit sendiri. Lima buah buku disertakan bersama niat yang baik-baik sahaja. Dengan izin Allah,dia akan menjadi daie yang berjiwa besar, terinspirasi dari Rasulullah!

Penulis: Nik Majidah al-Mustanirah binti Nik Abdul Rahim

Kuliah usuluddin tahun 2

 

Comments

comments

Leave a Comment