Kosong : Antara golongan duduk dan bergerak!
Fahami analogi ini!
Katakan anda seorang guru di sebuah sekolah dan anda ditugaskan untuk mengajar pelajar Tingkatan 3 subjek Matematik. Setiap hari anda akan sibuk memikirkan kaedah-kaedah yang efektif bagi memudahkan pelajar anda faham. Oleh yang demikian ,apabila anda ke kelas untuk mengajar. bersama anda bahan-bahan dan buku-buku yang akan dijadikan sebagai panduan ketika mengajar, walaupon begitu, kesusahan dan kesibukan dalam memastikan pelajar-pelajar anda berjaya tidak meletihkan anda kerana anda tahu bahawa itu adalah tugas seorang guru.
Namun berbeza pula dari sudut pandang pelajar. Mereka hanya akan menunggu guru yang akan mengajar mereka di kelas. Kebiasaanya, sebahagian pelajar akan mengisi masa kosong dengan berbual, ada yang baru terkejar-kejar menyiapkan kerja sekolah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk tidur alasannya agar dapat memberikan tumpuan yang padu ketika guru mengajar.
Namun cuba bayangkan dalam keadaan anda yang sentiasa sibuk, datang pula pelajar anda membantu membawakan beg dan buku-buku ke kelas, jikalau seorang pelajar itu hanya membantu anda sekali sahaja kemungkinan tidak memberikan kesan apa-apa kepada diri anda, tetapi jikalau pelajar tersebut hari-hari membantu anda nescaya pelajar tersebut akan mendapat sesuatu yang istimewa berbanding pelajar yang hanya duduk dikelas dan hanya menunggu ketibaan anda.
Satu analogi yang lain.
Anda adalah seorang ahli perniagaan dan memiliki sebuah syarikat yang baru sahaja setahun bertapak, anda menjangkakan dalam 10 tahun akan datang syarikat anda akan menjadi salah sebuah syarikat antarabangsa dengan memiliki perniagaan di dalam dan luar negara. Sungguh besar cita-cita itu. Namun begitu, anda menghadapi masalah yang kritikal iaitu pekerja-pekerja anda tidak memberikan komitmen yang cemerlang, kebanyakan mereka sering menangguh kerja, sering meminta cuti, tambahan lagi sering melayari Facebook dan Tweeter ketika waktu pejabat malah sering melakukan pembaziran. Senang cerita boleh digambarkan kebanyakan mereka hanya ‘goyang kaki’ sahaja.
Seorang pengurus yang sebenar mengimpikan pekerjanya adalah pekerja yang rajin, yang ringan tulang, diberi tugas disiapkan dengan pantas, diminta buah fikiran dibalasnya dengan idea yang bernas, di samping cermat dalam setiap langkah, tidak mengambil kesempatan dan berpontensi.
Apabila anda mendapat pekerja yang sebegini manfaat yang besar kembali kepada syarikat, apatah pula kepada si pekerja, barangkali anda akan memberikan bonus yang besar ataupun anda akan memberikan layanan yang baik kepadanya dek kerana kerajinan dan sumbangan yang telah diberikan. Sebaliknya, bagi pekerja yang malas yang sering mengambil kesempatan, silap hari bulan anda akan memecat mereka.
Begitu lah analogi yang cuba disampaikan. Digambarkan pelajar yang membantu guru dan pekerja yang rajin adalah dari golongan ‘orang yang bergerak’ dan pelajar yang hanya dikelas dan pekerja yang malas adalah dari golongan ‘orang yang duduk’.
*****
Persoalan yang boleh diutarakan dari analogi Guru dan Pengurus Syarikat:
1. Kenapa wujud dua golongan manusia? Satu golongan yang digambarkan sebagai orang yang bergerak dan satu golongan sebagai orang yang duduk.
2. Mengapa pelajar dan pekerja yang digambarkan sebagai orang yang bergerak mendapat ganjaran istimewa daripada guru dan pengurus syarikat?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan gologan orang yang bergerak dan orang yang duduk?
Antara inti dari pertanyaan sebagai menyatakan jawapan diatas bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)dari kalangan orang-orang yang beriman-selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua gologan) Allah menjanjikan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebikan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada suatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar”
[Surah An-Nisa : Ayat 95]
Dari penilaian seorang manusia yang menginginkan orang lain memberikan manfaat, memberikan perhatian kepadanya dengan memberi balasan akan menghargai orang yang membantunya kembali, begitu pula dari penilaian Allah SWT yang meletakkan penilaian yang tinggi diantara mereka yang bergerak iaitu berjuang (membela agama Islam) dengan harta dan diri mereka dengan mereka yang duduk iaitu tidak berjuang (membela agama Islam) bersama harta dan diri mereka.
Ketika dizaman Rasulullah,kaum muslimin menghadapi pelbagai siri peperangan.Ia bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan,berperang untuk menghapuskan fitnah dan menjadikan seluruh yang berada di alam ini tunduk kepada agama Allah.
Firman Allah SWT:
وقاتلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bebas bagi Allah semata-mata”
[Surah Al-Anfal 9:40]
Diantara peperangan pada zaman Rasulullah ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Tabuk, Perang Khaibar dan beberapa perang yang lain. Setiap peperangan membutuhkan kaum Muslimin mengorbankan diri dan harta mereka. Oleh yang demikian, sejarah menceritakan terdapat segelintir para sahabat yang tidak menyertai peperangan dan tidak mampu mengorbankan diri dan harta mereka,
Justeru signifikan dengan ayat di atas, bahawa untuk mereka yang keluar berjuang bagi mereka ganjaran yang besar dan bagi mereka yang tidak keluar berjuang ganjaran mereka ada di sisi allah juga seperti yang disebut diatas, namun Allah menyatakan pendirianya bahwa Allah akan melebihkan orang yang berjuang pada jalan Allah.
Sekarang perjalanan sudah bermula!
Kita sudah merentas masa, sudah berlalu zaman Rasulullah dan para sahabat, berlalu juga zaman Tabi’ dan Tabi’ Tabi’en. Sekarang kita berada pada kurun yang ke-21 dan berada pada tahun 2016. Kemajuan dunia hari ini tidak melenyapkan peperangan antara hak dan batil. Namun peperangan di zaman ini sudah bertukar wajah dan bertukar rentak.
Kini mereka mengunakan taktik ‘AL-Ghazwu Al-Fikri’ (Perang Pemikiran). Termasuk dibawah yang disebut sebagai perang pemikiran :
1. Rancangan Ifsad Al-Akhlak (Merosak Akhlak)
2. Rancangan Tathim Al-Fikrah (Penghancuran Fikrah)
3. Rancangan Izdabah As-Syakhsiah (Melarutkan Peribadi)
4. Rancangan Ar-Riddah (Menumbangkan Akidah)
Pelbagai cara yang halus telah dirancanakan dengan menggunakan metod ini. Sebagai peringatan kepada kita bahawa hal ini tidak mustahil berlaku. Mereka yang tidak mengambil berat tentang permasalahan ini mempertikai tentang kelogikan berlakunya perang seperti ini dengan menimbulkan pertanyaan dan ucapan ini :
“Adakah benar wujud peperangan sebegini rupa?”
“Kenapa orang Kafir hendak menjatuhkan Islam sedangkan orang Islam tidak melakukan apa-apa?”
“Tidak logik kalau berperang tidak menggunkan senjata, ini semua karut tidak perlu percaya, kita harus buat dengan mereka tunjukkan yang Islam ini membawa rahmat!”
Sebagai jawapan dan pembuktian terhadap kewujudan agenda mereka, disini disertakan dalil agar menjadi penenang hati kepada mereka yang tidak mahu mengambil cakna tentang usaha jahat musuh dan hanya ingin berdiam diri melihat apa yang akan terjadi seterusnya.
Firman Allah SWT:
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya walau orang kafir membencinya”
[Surah As-Saf : Ayat 8]
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah deperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya”
[Surah An-Nisa : Ayat 60]
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu jadilah kamu orang-orang yang kafir”
[Surah Al-Imran : Ayat 100]
“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama dengan mereka. Maka janganlh kamu jadikan antara mereka penolong-penolong (mu) hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Kemudian jika mereka sengaja berpaling, maka tawanlah dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya dan janganlah kamu mengambil seorangpun di antara mereka menjadi teman rapat dan pelindung”
[Surah An-Nisa : Ayat 89]
Oleh yang demikian, keputusan dan pilihan berada pada tangan setiap daripada kita. Peperangan ini ternyata belum berakhir, barisan kekuatan umat Islam masih kosong, namun adakah kita hanya ingin menjadi golongan ‘orang yang duduk’ melihat, mengkritik, menunggu dengan mengandaikan bahawa semua pasti selamat lalu mengharapkan bantuan dari Allah tanpa terdetik dalam hati untuk mengerakkan tenaga kaki untuk bangun menjadi golongan ‘orang yang bergerak’ yang telah dijanjikan ganjaran pahala yang sangat besar.
Justeru mari bersama sahut kekosongan ini!

Khairul Anwar Rosli merupakan lepasan Markaz Bahasa Al-Azhar, kini mula menggiatkan diri dalam menulis di ruangan Blog Isma Mesir. Beliau juga merupakan aktivis Isma cawangan Mesir, syukbah Madinah Nasr.