Sejarah gemilang Islam bakal berulang!

Istana Al-Hamra di Sepanyol meruoakan antara mercu tanda zaman kegemilangan Islam.

Istana Al-Hamra di Sepanyol merupakan antara mercu tanda zaman kegemilangan Islam.

Tahukah anda, dianggarkan lebih 79000 rakyat Syria telah mati dibunuh sepanjang 5 tahun peperangan di sana? Palestin masih dijajah walaupun telah berlalu puluhan tahun semenjak diserang oleh pengganas yahudi yang bercita-cita untuk mewujudkan Negara Israel Raya. Kita telah memasuki ulang tahun ke-92 kejatuhan era khilafah.

Barat secara amnya dan Amerika khususnya telah berjaya mencipta kekacauan dalam negara-negara Islam sehingga timbulnya kucar-kacir dalam beberapa negara Islam seperti Afganistan, Iraq dan Libya yang secara jelasnya diserang secara fizikal dan Malaysia yang diserang di balik tabir melalui pertubuhan organisasi pro Amerika dan liberal seperti BERSIH dan IRF. Turki telah mengalami beberapa siri pengeboman yang amat memberi impak yang kuat, baik dari segi ekonomi mahupun kestabilan politik. Umat islam di selatan thai hingga kini masih berada di bawah penindasan kerajaan Thailand, apatah lagi umat Islam Rohingya yang diperlaku zalim oleh kerajaan Myanmar.

Selaku seorang muslim yang sensitif dengan keadaan umat, sudah pasti perasaan kita bergelora penuh dengan rasa sedih, kecewa dan semestinya marah. Malah seandainya ada seorang muslim yang tidak sensitif dengan isu keadaaan umat sekali pun, pasti sekurangnya merasa simpati terhadap apa yang telah berlaku kepada umat ini. Dan di sebalik semua emosi itu, wujudnya satu perasaan yang menimpa mereka. Perasaan yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa, perasaan yang menyebabkan mereka lemah. Perasaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah perasaan lemah semangat akibat dari putus harapan.

Kita selaku manusia biasa tidak boleh menafikan bahawa apa yang tengah menimpa umat Islam pada waktu kini adalah amat dahsyat ujiannya. Tidak pernah dalam sejarah umat Islam kita diperlakukan sedemikian hina. Dirobek-robek dan dipijak-pijak oleh musuh Islam. Dan hasil daripadanya adalah wujudnya segolongan muslim lemah semangat yang hilang harapan terhadap kemampuan bangsa agama ini.

 

 “Dan Janganlah kamu berasa hina dan janganlah kamu berasa sedih, sesungguhnya kamulah tertinggi sekiranya kamu beriman”

(Surah Ali-Imran ayat 139)

 

Cukuplah ayat ini untuk membangkitkan semangat kita kembali. Lupakah kita tentang siapa diri kita sendiri? Kehebatan dan kemampaun kita sendiri? Walau hebat bagaimana Barat cuba menutup sejarah kehebatan kita, sejarah kita tidak akan terpadam. Cuba kita lihat;

Sebuah bangsa yang wujud di tengah tengah dunia di mana dari sudut geografinya pada waktu itu tanah Arab tidak mempunyai kelebihan apa –apa berbanding jirannya iaitu Rom dan Parsi. Tetapi mampu menjatuhkan dua kuasa besar dunia pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi, semua dalam tempoh tidak sampai 50 tahun pertama wujudnya Islam.

Sejarah kehebatan kita bermula pada tahun 610 Masihi apabila Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu. Dalam tempoh 23 tahun selepasnya, Islam dengan kehebatannya mampu mengubah sebuah bangsa Arab yang sebelumnya hidup dalam keadaan penuh perpecahan, penindasan dan gusar. Sebuah bangsa yang wujud di tengah tengah dunia di mana dari sudut geografinya pada waktu itu tanah Arab tidak mempunyai kelebihan apa –apa berbanding jirannya iaitu Rom dan Parsi. Tetapi mampu menjatuhkan dua kuasa besar dunia pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi, semua dalam tempoh tidak sampai 50 tahun pertama wujudnya Islam.

Seterusnya kita lihat pula, bagaimana Islam pada waktu Khilafah Umayyah pada waktu kemuncaknya telah menguasai 13 juta km persegi dunia yang menjadikan mereka sebagai salah satu kuasa besar dan salah satu empayar terbesar yang pernah wujud di muka bumi. Diceritakan pada waktu pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz iaitu antara salah seorang penguasa umayyah, pada waktu itu dikumpulkan duit zakat seluruh empayar. Dan pengurus zakat cuba mencari siapa yang berhak selayaknya dapat duit zakat. Namun apa yang berlaku, sudah habis dicari seluruh empayarnya tidak jumpa walaupon seorang insan yang dhaif yang layak menerima zakat. Hal ini menunjukkan betapa makmurnya empayar Umayyah hingga tidak wujud insan yang berasa tidak cukup pada zamannya.

Selepas itu, kita lihat pula pada empayar Islam Abbasiyah yang disebutkan sebagai kemuncak tamadun Islam ataupun ‘golden age of Islam’. Pada zaman Abbasiyah, kemajuan Islam sampai kepada puncak yang tertinggi hinggakan satu dunia pergi ke Abbasiyah semata-mata untuk belajar. Malah catatan sejarah juga merekodkan bahawa bangsa luar turut cuba meniru Abbasiyah dari segi pemakaian dan gaya disebabkan pada waktu itu, tiada yang lebih mulia dan hebat dari umat Islam Abbasiyah. Hebatnya perkembangan ilmu pada waktu itu, sehinggakan Khalifah menawarkan sejumlah emas seberat kitab yang akan diterjemah dari bahasa Latin ke bahasa Arab pada waktu itu. Itu belum diambil kira penciptaan teori dan alat pada zaman itu seperti teori Algebra, Algorithma, kajian tentang mata oleh Ibn Al Haytham dan alat-alat bedah. Sekiranya kita senaraikan semuanya sudah pasti tidak cukup sekadar di sini.

Kemudian kita lihat pula Kerajaan Khilafah Uthamiyyah yang agung. Bagaimana Khilafah terakhir ini mampu mencipta sejarah dunia. Sebuah kerajaan yang teragung pada waktunya. Pada hanya usia 21 tahun, pemimpinnya iaitu Muhammad Al-Fatih mampu membuka Kota Konstantinopel yang di mana sebelumnya telah wujud berpuluh cubaan baik dari pihak muslimin ataupun kuffar untuk membukanya. Namum dengan takdir Allah, dikurniakan rezeki kepada seorang pemuda dari Uthamiyyah. Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya melakukan apa yang mustahil, iaitu membawa 80 kapal merentasi bukit bakau menggunakan kayu.

Dan tidak lupa juga bagaimana Khalifah Sultan Abdul Hamid selaku khalifah sebenar yang terakhir, menahan selama 33 tahun percubaan demi percubaan pihak musuh untuk memijak Islam. Bagaiman kehebatan Sultan menangkis cubaan musuh dengan pelbagai helah politik. Walhal saat itu keadaan umat sangatlah genting, jika bukan disebabkan kepintaran Sultan Abdul Hamid. Sudah pasti Khilafah akan jatuh dengan lebih awal.

Tidak lupa pula kehebatan bangsa kita di Tanah Melayu sendiri. Empayar Melayu Melaka yang menjadi wakil kepada Khilafah Uthamiyyah di bahagian Asia. Melaka ialah sebuah tamadun yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan dunia dan pada zaman kemuncak, dicatatkan bahawa terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhannya.

Simon Elegant dalam Far Eastern Economic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka, dalam terjemahannya :

 

“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia. Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmoni; Bandar Raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.”

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi dari Melaka. Faria Y. Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Jadi dengan kehebatan yang telah disenaraikan sebentar tadi, masih adakah perasaan lemah semangat kita? Tidak patut bagi sebuah kaum yang dimuliakan oleh Allah untuk merasa hina. Janganlah berasa hina atas apa yang menimpa kita. Kerana kelemahan ini tidaklah bersifat sementara, bahkan Islam pasti akan kembali memerintah dunia. Itulah janji yang telah Allah sebutkan, dan siapakah yang lebih benar janjinya daripada Allah? Namun begitu sudah pasti kegemilangan yang akan dicapai perlukan kepada pengorbanan.

Maka persiapkanlah diri, ambillah iktibar dari sejarah. Belajarlah bersungguh-sungguh, beramalah dengan seluruh keringat. Sehingga pada suatu hari nanti, Islam akan kembali berkumandang di dunia. Dan saya yakin, saat seterusnya Islam memegang dunia, sudah tentu satu dunia akan bernanung di bawah Islam. Dan saat itu akan wujudnya empayar terbesar yang pernah duit ini lihat. Ingatlah orang yang lemah tidak akan selamanya lemah, dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Sudah tiba masanya untuk kita kembali menjadi kuat. Siapa yang tidak membaca sejarah, tidak akan mampu mencipta sejarah.

 

“Sentiasa ada sekelompok ummatku yg dimenangkan atas kebenaran, tak akan membahayakannya orang yg memusuhinya hingga hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu.

(Hadis Riwayat Muslim No.3544)

 

 

Rujukan :

  1. Laman sesawang social Facebook page,  The Patriot
  2. Dr Eeman Mohamed Abbad – Sultan Abdul Hamid dan kejatuhan Khilafah Islamiah
  3. Al Quran
  4. Hadith

 

Muhammad Hafizuddin Bin Nordin merupakan aktivis Isma Mesir Syukbah Hayyu Sabie. Beliau kini sedang menuntut di tahap terakhir Markaz Bahasa Al-Azhar dan bakal meneruskan pengajiannya di Kuliah Syariah islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Muhammad Hafizuddin Bin Nordin merupakan aktivis Isma Mesir Syukbah Hayyu Sabie. Beliau kini sedang menuntut di tahap terakhir Markaz Bahasa Al-Azhar dan bakal meneruskan pengajiannya di Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments

Leave a Comment