Umat tiada pembela

Dimanakah Pembela Umat?!

Umat Islam ditindas tanpa belas kasihan.

Kenapa masih tiada kata putus terhadap masa depan umat ini?

Kata-kata dan buah mulut dari seorang muslim hari ini, ucapan yang penuh dengan tundingan terhadap pelbagai pihak ,menujukan kesalahan  dan penyesalan kepada bentuk bayangan yang tiada wujudnya di alam realiti, mengharapkan pembelaan dari musuh sendiri seakan diri mereka itu tiada nilai maruah dan harga diri.

Kata musuh “Islam itu lemah. Tiada satu kemajuan dunia pernah dihasilkan. Kekacauan dan huru hara dunia puncanya Islam. Islam mengajak kepada peperangan semata. Negara yang terdiri dari penganut agama Islam akan mengakibatkan ketidaktenteraman dalam kalangan penduduk rakyatnya”.

Oleh yang demikian, persoalan yang harus ditimbulkan, kenapa umat Islam dengan mudah menelan dan merelakan permainan busuk musuh ini diputar berkali-kali? Dimanakah keris-keris tajam dan kalam-kalam petah yang menjadi pembela umat?

Hal ini dkuatkan lagi dengan bilangan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mencapai agka yang meningkat. Dikatakn bahawa jumlah penganut agama Islam pada tahun 2012 sahaja adalah seramai 2.1 bilion sedangkan  pemeluk agama Kristen Katolik dan Potesten adalah sebanyak 2 bilion, dan fakta dunia pada tahun 2013 menunjukkan jumlah rincian menurut agama-agama adalah : Islam sebanyak 22.42%, Kristen Katolik 16.83%, Kristen Protesten 6.08% dan seterusnya senarai yang panjang. Menerusi pemerhatian kita, Islam memegang bilangan majoriti berbanding agama lain. Namun adakah ia menjadi suatu nilai kelebihan terhadap umat  atau kegerungan terhadap musuh?

Kita cuba teliti, dengan jumlah penganut yang begitu ramai, ianya  masih tidak dapat menguasai pentadbiran dunia, masih juga tidak mampu menunjukkan ketuanannya terhadap agama lain malah masih ada juga menjadi buruh bawahan yang mudah sahaja dimanipulasi.

Kita cuba teliti, dengan jumlah penganut yang begitu ramai, ianya  masih tidak dapat menguasai pentadbiran dunia, masih juga tidak mampu menunjukkan ketuanannya terhadap agama lain malah masih ada juga menjadi buruh bawahan yang mudah sahaja dimanipulasi. Namun tidakkah kita sedar apabila bilangan angka yang besar ini menyedari dan memahami bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya maka akan lahirlah individu seakan Saidina Abu bakar, Saidina Umar, Saidina Hamzah yang telah memikul  tanggungjawab menjadi mata pedang umat suatu ketika dahulu.

Mengambil pengajaran daripada seorang sahabiah yang bernama Ummu Imarah, seorang wanita yang telah mendapat julukan ‘Pahlawan Wanita Ansar’. Beliau telah menyertai Perang Uhud bersama suami dan kedua-dua anaknya.Tugas beliau adalah memberi air dan memberikan rawatan kepada tentera yang cedera. Namun tatkala barisan tentera muslimin mulai mengalami kekalahan, beliau telah maju ke medan perang untuk turut serta membantu, ketika musuh hendak menyerang, beliau dan para sahabat yang lain telah membuat tembok benteng untuk mempertahankan Rasulullah sehinggakan orang yang hendak menyerang Nabi sempat memukul beliau. Kegigihan Ummu Imarah dalam melindungi Rasulullah terlihat dari sabda baginda, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan melainkan melihat Ummu Imarah”. Maka benar sahaja pengorbanan beliau terserlah daripada 12 bekas luka di tubuhnya.

Seterusnya, mengambil ibrah dari kehidupan sahabat-sahabat mutabar. Sewaktu tiba Perang Tabuk, persiapan umat Islam masih tidak lengkap dan memerlukan sumbangan daripada para sahabat. Di dalam perlumbaan kaum muslimin membiayai peperangan, Uthman bin Affan telah tampil ke hadapan dengan pakej yang tersendiri dengan satu kafilah unta sebanyak dua ratus ekor sarat dengan muatannya, dua ratus kantung  makanan telah diserahkan kepada Baginda Rasulullah sebagai sedekah, malah membawa seratus ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa seribu dinar. Rasulullah menerimanya sambil bersabda, “Uthman tidak akan binasa selepas ini lantaran apa yang telah dilakukan”. Selepas itu beliau memberi lagi sedekah sehingga menjadikan sedekahnya 900 ekor unta dan seratus ekor kuda. Adapun Abdul Rahman Bin Auf membawa dua ratus kantung perak dan berikutnya sahabat agung baginda iaitu Abu Bakar menyerahkan seluruh harta yang dimiliknya. Kesemua hartanya berjumlah 4000 dirham dan beliau adalah orang pertama yang menyerahkannya kepada Rasulullah.

Kini kita selami pula  pengorbanan pemimpin agong  iaitu Rasulullah s.a.w, kemulian diri baginda tidak membantutkan diri baginda untuk memerah tenaga dalam mempertahan dan menyebar agama suci ini. Ketika di fasa Mekah, dakwah Islam diasak dan diancam, oleh kerana itu, Rasulullah merancang untuk menyebar luas Islam ke negeri-negeri sekitar Mekah dan pemilihan negeri Thoif sebagai pusat penyebaran Islam yang seterusnya.

Pada bulan Syawal tahun ke-10 Hijrah kebangkitan bersama akhir Jun 619 Masihi. Rasulullah telah keluar ke Thoif yang terletak lebih kurang 60 batu dari kota Mekah. Pemergian dan kepulangan baginda dari sana dengan berjalan kaki. Bersama baginda ialah orang suruhannya, Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang dilewati baginda menyeru mereka kepada Islam namun usaha baginda itu tidak seorang pun yang menyahutnya. Setibanya di Thoif baginda mendampingi tiga beradik dari pemimpin Thaqif iaitu Abdul Yalie, Mas’ud dan Habib anak kepada Amru Bin Umair, di sana baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya tetapi sebagai jawapanya salah seorang dari mereka berkata, “Allah telah mengoyakkan tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi”. Kata seorang lagi, “Tidak ada orang lainkah untuk diutuskan sebagai nabi selain dari engkau?”. Rasulullah menyedari pertanyaan itu sebagai mempermainkan baginda. Kemudian baginda pun bangun dari situ dan meminta supaya tidak dihebohkn perbincangan itu.

Rasulullah berada di Toif selama 10 hari. Seluruh pembesar sudah didakwah oleh baginda namun dibalas dengan kata-kata, “ayuh keluarlah kamu dari bumi ini!”. Seterunya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka supaya memaki hamun baginda, malah merka telah berbaris di sepanjang kota Toif untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai dengan cacian dan makian sehingga pecah dan terluka kaki baginda, darah melumuri kasut baginda manakala Zaid Bin Harithah pula membenteng badan Rasulullah dengan badanya.

Begitulah peristiwa-peristiwa yang telah menunjukkan kita keberanian dan kesungguhan dalam mempertahankan agama ini. Mereka telah meninggalkan kesenangan dunia, mengorbankan harta dan jiwa, sanggup dihina dan dicaci hanya kerana Agama Islam. Sepertimana dalam firman Allah: “sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan syurga, disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan jajinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan ketahuilah bahawa jual beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar.

Oleh yang demikian, untuk melihat umat ini dibela maka kita harus mencontohi  para salafusoleh. Kita perlu menjiwai agama ini seperti mana mereka menjiwainya. Bagaimana lahirnya kisah-kisah yang hebat kalau tidak datang dari jiwa yang kuat. Di samping, berusaha untuk memahami ajaran agama ini agar segala tindak tanduk perbuatan kita sentiasa memberikan sumbangan kepada agama.

Wallahualam.

 

Khairul Anwar Rosli merupakan penuntut di Markaz Bahasa Al-Azhar, kini mula menggiatkan diri dalam menulis di ruangan Blog Isma Mesir. Beliau juga merupakan aktivis Isma cawangan Mesir, syukbah Madinah Nasr.

 

 

 

Comments

comments

Leave a Comment