Pesanan anak mata

1535411_796321210394492_1159698202_n

Bila anak mata kita bergerak meneliti sesuatu bacaan,atau menonton sesuatu, apa sebenarnya yang kita harapkan dari situ? Secara umum saya inginkan sebuah kefahaman daripada situasi yang dilalui. Justeru apa pula yang anda harapkan ? Semoga anak mata kita selepas ini memang membuahkan kebaikan untuk kita dan mampu dirasai keliling akibat disebarkan atas nama tanggungjawab berkongsi manfaat.

Ada sesuatu petunjuk untuk anak mata dengan satu kewibaan yang tak pernah tercalar. Yang saya maksudkan dalam hal ini adalah apabila tertumpahnya perhatian sebenar-benarnya kepada Al-Quran. Sesungguhnya kita dapat melihat kedudukan manusia umumnya pada hari ini. Apakah tempat mereka berdiri sebenarnya?

Seperti yang disebut dalam Al-Quran, mereka seperti sebuah perkumpulan yang dilitupi dan disebulungi oleh kegelapan yang pekat malap. Sangat gelap. Mereka berdiri dalam sebuah kegelapan. Tidak ada sebarang cahaya yang mampu ditangkap oleh anak mata. Mereka saling berpukulan dan bertembung oleh kerana kegelapan itu. Mereka berjalan-jalan dan bergerak-gerak tanpa sebarang petunjuk.

Maka kadang-kadang mereka terperosok dalam kepanasan dan berhimpit-himpit. Kadang-kadang mereka bertembung dengan batu. Kadang –kadang mereka saling bertembung sesama sendiri. Maka mereka akan selalu dalam keadaan seperti itu. Keadaan seperti lalang dalam pukulan rawak.

Dan mereka bergerak dalam kegelapan yang sangat pekat padahal diantara tangan-tangan mereka terdapat suis lampu elektrik.seandainya jari jemari mencapai ke arah suis itu, maka pergerakan mereka akan menjadi lebih mudah! Kerana lampu yang terang menyuluh sudah menjadi petunjuk mereka.

Apakah maksud perumpamaan ini ?

Inilah perumpaan manusia hari ini dengan Kitabullah.

Dan pendirian mereka daripada Al-Quran sendiri.

Alam ini dengan segala rahsianya berpukulan dalam kegelapan.alam seluruhnya bergerak pada jalan-jalan yang tidak dipandu petunjuk, kegagalan undang-undang yang mendarah daging dalam masyarakat. Perpecahan, kerosakan dan kejatuhan moraliti peringkat kebangsaan. Setiap kali manusia meletakkan dan menyusun atur untuk diri mereka undang-undang kehidupan, mereka akan terpeleset seratus peratus dari akar umbi. Manusia sekarang tidak mungkin mendapatkan jalan petunjuk melainkan sebuah harapan palsu, kesedihan dan raungan pilu yang tak terkatakan. Kenapa hal ini terjadi?

Kerana bagi mereka Al-Quran adalah perkara asing, sedangkan ia sentiasa menanti untuk memandu diantara tangan-tangan mereka.

Perkataan ini ditujukan bagi manusia yang kufur dan menolak Al-Quran. Perkataan ini ditujukan bagi manusia yang namanya Islam tapi tidak tunduk dan patuh melaksanakan arahan dari langit. Kerana ditipu. Perkataan ini ditujukan bagi mereka yang tidak mahu berusaha memahami petunjuk-petunjuk dan jalan selamat dari Al-Quran. Perkataan ini ditujukan bagi mereka yang bermalasan untuk membaca Al-Quran. Perkataan ini ditujukan kepada semua mahasiswa, khususnya di perlembahan Nil ini! Perkataan ini ditujukan kepada mereka yang masih berlengah sedang mereka punya segala ilmu  untuk mendekat dengan Al-Quran.

Jangan bersedih hati, kerana ALLAH Maha Pengampun dan marilah kita bertaubat, kembali pada laluan kehidupan sebenar!

***

Tipu daya orang yang tersesat.

Jika masih seperti ini keadaan manusia, maka mereka tidak akan mampu berada di atas jalan petunjuk sedangkan diantara tangan mereka ada cahaya yang sempurna.

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu(Muhammad) alquran dengan perintah Kami.sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah kitab (al quran) dan apakah iman itu,tetapi Kami jadikan alquran itu cahaya,dengan itu kami memberi petunjuk kepada sesiapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami.dan sesungguhnya engkau benar-benar membimbing manusia kejalan yang lurus.” (As-Syuraa:52)

“Maka orang yang beriman kepadanya,memuliakannya,menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al quran) mereka itulah orang-orang yang beruntung..”(Al-A’raf:157)

“Wahai ahli kitab! Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami dengan menjelaskan kepadamu banyak hal daripada (isi)  Al-Kitab yang telah kamu sembunyikan dan dia telah memaafkan kamu pada banyak perkara.sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada ALLAH dan Kitab yang menerangkan.
Dengan kitab itulah ALLAH menunjukkan orang yang mengikuti keredhaanNYA ke (arah) jalan keselamatan dan (dengan kitab itu juga) ALLAH mengeluarkan orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNYA dan menunjukkan mereka kejalan yang lurus.(Al-Maidah:15-16)

Sesungguhnya orang-orang kafir yang tidak dibuka penglihatan mereka untuk melihat cahaya dengan gaya seperti ini, mereka berjalan dan bergerak dalam kehidupan tanpa petunjuk.sebarang petunjuk.perkara ini dapat diterima dan masuk logik kepala akal, kerana ALLAH berbicara:

“Barang siapa tidak diberi cahaya petunjuk oleh ALLAH, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikit pun!” (An-Nur:40)

Akan tetapi sebaliknya pula perihal orang-orang mukmin yang beriman dengan petunjuk Al-Quran, membenarkannya, berpegang teguh sebagai asas rujukan kamus hidup, mencintainya, menghormatinya, mengagungkannya, tidak lekang dan sunyi daripada alunan bacaan di rumah-rumah mereka, tidak lepas daripada poket-poket mereka naskhah Al-Quran itu..

Akan tetapi harus disedari dengan baik, bahawa orang-orang kafir akan sesungguhnya berusaha menipu orang beriman daripada petunjuk cahaya itu, mereka akan berusaha membawa orang beriman menjauh daripada kerlipan cahaya itu, selanjutnya membuat orang yang tadinya beriman tersesat jalan dalam hutan kegelapan.

Mereka secara pelahan-lahan bermuka manis memimpin tangan orang beriman agar sedikit demi sedikit menyimpang dari sumber asli mulia ini, menjauh daripada memetik suis lampu terang. Sesekali membuat orang beriman terpedaya dari sudut politik, sesekali melalui ilmu dan perkara duniawi, sesekali melalui sudut harta dan kekayaan, sesekali dengan jalan syahwat, sesekali dengan penipuan dan sesekali dengan kekuatan dan pemaksaan serta gertakan tak berperikemanusian!

Sehingga akhirnya, umat Islam terlupa dan tersasar daripada sumber petunjuk, mereka selangkah demi selangkah menuruti kemahuan orang kafir.

Peringatan ALLAH, awaslah :

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir, nescaya mereka akan mengembalikan kamu kebelakang (murtad)..maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi..Tetapi hanya ALLAHlah pelindungmu dan DIA penolong yang terbaik” (Ali Imran:149-150)

***

Sekarang anda pasti tahu, gerakan anak mata anda pada kali ini patut membawa anda kemana.

Bila ada cahaya, hilang yang namanya gelap,

Bila ada gelap, memang tidak ada cahaya.

Muhammad Amirul Bin Azmi
Kuliah Syariah Tahun 4
Universiti Al-Azhar Kaherah

Comments

comments

Leave a Comment