Asma Amanina

200811820327445734_8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh: Lubabah Muhsin, Tahun 2 Fakulti Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

“ Ummi, mana Abi? ” tanya Asma’ sebaik sahaja bangkit dari tidur. Dia mengesat-ngesat kelopak matanya.

“ Abi pergi berjuang, wahai anakku.” Ummi yang sedang memasak bubur hanya tersenyum. Asma’ Cuma terkebil-kebil mendengar jawapan ibunya.

Tidak lama kemudian, pintu rumah mereka diketuk dengan kuat.

“ Sarah! Sarah! Cepat buka pintu! ” panggil Rumaisak, jiran mereka.

Mendengar sahaja suara Rumaisak, Sarah segera bangkit. Sebaik sahaja pintu dikuak, sekujur tubuh rebah di pangkuannya. Darah pekat mewarnai pakaiannya.

“ Astahgfirullahal ‘azhim! Apa yang sudah terjadi?” soal Sarah cemas melihat anak perempuan Rumaisak berlumuran darah. Mereka berdua kelihatan lesu.

“ Kami diserang oleh laknatullah Zionis sewaktu melintasi Universiti Islam Hurr, ” balas Rumaisak lemah. Sarah menggelengkan kepala. Istighfar membasahi lidah menenangkan amarah. Anak perempuan Rumaisak dibaringkan di tempat pembaringan.

“ Asma’ anakku, tolong ambil air. Kita rawat mereka. ” Asma’ mengangguk cepat lalu segera mengambil air di sudut rumah mereka. Rawatan kecemasan segera dilakukan.

*****

UNIT KHAS

“ Qowiy One, ready? ”

“ Up! ”

Terowong bawah tanah dengan kedalaman 30 meter segera diredah. Perjalanan menuju ke selatan Hurr seawal 3 pagi dimulakan dengan semangat perjuangan yang berkobar-kobar. Sebaik sahaja tiba ke destinasi, misi dimulakan.

“ Enemy in front of us. Ready to shoot! ” AK47Gun disandang kemas. Qowiy One mengambil posisi terbaik. Bersedia menunggu arahan. Tentera Zionis yang sedang berkawal tidak menyedari kehadiran mereka.

“ Shoot! ” AK47Gun memuntahkan peluru.

Satu persatu musuh di hadapan mereka tumbang serta merta. Misi selesai!

“ Berundur! ”

Siren kecemasan dibunyikan. Derap kaki tentera Zionis semakin bertambah. Kelibat Qowiy One mula menghilangkan diri. Tangkas.

Jet pejuang musuh berjaya mengesani kedudukan Qowiy One. Serangan tembakan dimulakan. Tapi nasib menyebelahi mereka. Qowiy One selamat kembali ke Hurr. Alhamdulillah!

*****

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah Sarah diketuk. Sarah menghabiskan bacaan tilawahnya yang terakhir.

“ Siapa? ” Sarah mendekatkan telinga ke pintu rumahnya.

“ Suamimu. ” Mendengar akan jawapan itu, serta merta pintu dikuak. Suaminya segera masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu dengan cepat.

“ Alhamdulillah, Abang selamat. ” ujar Sarah lega. Suaminya Cuma senyum dalam keletihan. Peralatan senjata diletakkan di tempat selamat. Sarapan pagi segera disiapkan buat suaminya.

“ Mana anak-anak kita? ” tanya suaminya. Matanya meliar-liar melihat keliling rumah. Hanya batu-bata menjadi perhiasan.

“ Asma’ menemani jiran kita di sebelah. Anak perempuan Rumaisak diserang oleh tentera Zionis sewaktu mereka melintasi perkarangan Universiti Islam Hurr, ” balas Sarah sambil membancuh teh.

“ Astaghfirullahal ‘azhim. Bagaimana keadaan mereka? ”

“ Mereka terus ke sini selepas diserang. Saya sudah merawat mereka. Usah bimbang, ” balas Sarah tenang. Suaminya mengetapkan bibir. Kerutan di dahi jelas memancar rasa geram.

“ Ahmad pula di mana? ” tanyanya perihal anak lelaki mereka.

“ Ahmad ke Masjid Abdullah Azzam. Dia mengulang hafalan quran dengan gurunya. Sebelum terik mentari, dia akan pulang, ” balas Sarah. Suaminya menganggukkan kepala. Secangkir the dihirup.

“ Abang mahu tidur sebentar selepas makan. Apabila Ahmad sudah pulang nanti, kejutkan Abang. Abang mahu mengajar Ahmad membuat Roket 107. ”

“ Baiklah. ”

*****

PESISIR PANTAI BARAT HURR

“Bagi sini! ” Jerit Hassan kepada Mahmoud yang sedang menggelecek bola. Dia mendepakan tangan. Mahmoud passing bola kepada Hassan yang free. Hassan menyambut bola dengan baik sekali.

“ Ok semua. Jaga Hassan, ” jerit Firdaus, pasukan pihak lawan. Pasukan Firdaus menyerbu ke arah Hassan. Hassan menghampiri tiang gol. Lalu, sepakan strike dibuat.

“ Gol! ”

Pasukan Hassan menjerit kesukaan. Mereka saling berpelukan gembira meraikan kemenangan.

Tidak lama kemudian, “ Bom! ”

Pandangan mereka beralih. Kegembiraan mereka serta merta terhenti. Ledakan bom jatuh berhampiran dengan tempat permainan mereka.

“Lari! Lari! ”

Kanak-kanak lelaki itu segera menyelamatkan diri. Namun, mereka menjadi mangsa ledakan bom kali kedua. Mereka mendapat ‘hadiah’ daripada laknatullah Zionis!

*****

“ Allahu Akhbar! ”

Satu roket…

Dua roket…

Tiga roket…

Dan seterusnya…

Menjadikan 14 buah roket kesemuanya!

Serangan balas oleh Bridged Al-Qowiy menuju Ashood, wilayah Zionis, tanah jajahan.

Para pemuda Hurr turut belajar cara-cara membuat roket. Setiap roket dipacakkan di hadapan rumah masing-masing. Bersedia melancarkan serangan balas terhadap Zionis.

“Kami tidak akan berundur! Sama ada kemenangan atau mati syahid! ” azam mereka.

*****

BENTENG PERTAHANAN

“ Usah gentar wahai para pejuang! Allah bersama kalian. Yakinlah tipu daya musuh tidak akan menyusahkan kamu sedikitpun. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan. ”

“ Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Allah, lalu diperkenankan-Nya. Sungguh, Allah akan mendatangkan bala bantuan kepada kalian dengan seribu malaikat yang dating berturut-turut.”

Sarah dan Rumaisak terus memberi kata-kata semangat kepada para pejuang mereka. Kalam Allah menjadi penguat untuk berhadapan dengan musuh.

Tahajud diperketatkan. Doa dipanjatkan memohon kekuatan dan kemenangan. Zikrullah meniti di bibir tatkala kawalan di benteng pertahanan diperkemaskan. Persediaan untuk syahid dimulakan dari langkah pertama.

“ Allah tujuan kami. Rasul qudwah kami. Al-Quran perlembagaan kami. Jihad jalan kami. Mati di jalan Allah cita tertinggi kami! ” laungan ikrar Bridged Al-Qowiy bergema di angkasa!

Comments

comments

Leave a Comment