Puisi : Bukan Sekadar Bulatan

bulatan

 

Bukan Bulatan Gembira

Tetapi,

Bulatan iman.
Yang padanya, sehinggakan tak mampu tersenyum.

Bulatan akhirat.
Yang padanya tak perlu iman mencari makanan dunia.
Tidak selera akan dunia.

Bulatan syukur.
Yang padanya menyuap makan iman.

Bulatan kasih.
Yang padanya punya ikatan walau jarak dan alam tak dapat menafsir.

Bulatan ummah.
Yang padanya juga punya badan yang merasa perit sakit.

Bulatan sunnah.
Yang padanya lahir sosok sosok yang mengimpikan jiwa-jiwa seperti para sahabat kesayangan Rasulullah.

Bulatan rindu.
Yang padanya teramat rindu akan kembali gemilang Islam yang disegani.

Bulatan konkrit.
Yang padanya sedang membina jasad dan roh peribadi muslim yang HAKIKI.
Bukan bayangan.

Wallahu A’lam

 

 

Penulis :

Nur Amira Hanis Suhaimi, Tahun 6 Perubatan Universiti Mansoura

 

Comments

comments

Comments are closed.