Puisi: Malaysiaku, Malaysia Kalian

5105527533_fd74eb7fb5_z

Oleh: Muhd Iqbal Bin Saedal Atas, Tahun 1 Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Kaherah

Malaysia, aku masih menyintaimu,
Sungguh, tidak berbelah bahagi,
Ingin sekali kukucup keningmu,
Seperti kucupan ibu saat kelahiran,
Tetapi mengapa air matamu masih menitis,
Dan rintihmu pilu kurasa?

Burung burung bernyanyi menghiburmu,
Pesawat pesawat menderu membangkitkanmu,
Bangunan bangunan terpasak memodenkanmu.

Dihiasi, disoleki, dan digagahi.

Tetapi masih juga terdengar tangismu
Masih deras aliran air matamu.

Malaysia menangis,
Bahkan terobek dengan hebatnya,
Penguasanya rasuah,
Tak peduli rakyat mengemis,
Kesejahteraan tinggal angan,
Keadilan hanyalah khayal,
Kemerdekaan telah terjajah,
Yang tersisa hanyalah kebodohan.

Nampak menyinari,
Yang dapat hanyalah silaunya,
Keliru,
Balutan putih dililit kemas dari atas,
Hingga ke bawah mempesona pakaian iman,
Ilmu menggunung terpenjara,
Tertinggal dalam kawanan kecil,
menjaga rapi pintu cahaya,
Terbiar ratusan pintu gelita,
Penuh sesak diredah penjajah.

Peneraju wawasan suram malap sinarnya,
Sang penyuluh terlambak menghakis kualiti,
Rakyat jelata makin buta mata sepakat,
Semua kudung mengejar kualiti.

Malaysiaku, Malaysia kalian,
Jangan tinggal hanya diam,
Mari bersatu kumpul peranan,
Sebagai pemuda untuk perubahan.

Comments

comments

Comments are closed.