Hamba Yang Merdeka

 

bp7

 

Oleh: Ahmad Nawfal bin Mohamad Fathel, Tahun Dua Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar Kaherah.

 

Kamal memandang sangkar burung di hadapannya. Besar dan mantap. Ada bau hancing namun semuanya diketepikan. Walau sangkar tersebut dibersihkan hari-hari, namun ada juga tahi burung yang bersepah di lantai sangkar, tidak juga dia endahkan. Di hadapan sangkar, dia dibawa jauh ke zaman dahulu, zaman bodoh dia merasakan burunglah yang paling merdeka bukan manusia.“Saya nak jadi ikan cikgu! Boleh tak boleh tak?” Kamal menjerit ke arah cikgunya. Terkejut Cikgu Anis dibuatnya.

“Kenapa?”

“Sebab macam seronok, boleh berenang pergi mana-mana…” Kamal senyum. Dahulunya budak gemuk bermata bulat dan sangat tembam. Bila menggedik seperti ini memang menjelaskan seri tembamnya. “Hmm.. tapi ikan emas kat rumah awak tak boleh pergi mana-mana pun? Apa yang seronoknya? ” Cikgu Anis kembali mempersoalkan.

“Betul juga kan cikgu.. ”

Mereka berdua senyap sebentar. Jalan pulang ke rumah agak lengang pada petang itu. Walaupun ada kenderaan, Cikgu Anis tetap mahu menemani Kamal pulang ke rumah. Bersembang-sembang santai. Budak-budak jika dilayan begini akan membantu hubungan, malah melatih daya fikir. Gemuk di pipi tidak bermakna jika tidak gemuk mindanya.

“Haa, itu kucing.. Kamal nak jadi kucing la. Boleh lari mana-mana! Semua tak boleh halang Kamal nak pergi mana-mana!” Kamal bercakap dengan penuh semangat. Tetapi tetap comel.

Cikgu Anis bermain dagu, berlakon seolah rumit berfikir . “ Ok. Kalau macam tu, kucing kat rumah cikgu, dia duduk rumah je. Tak pergi mana-mana pun”

“Alah cikgu! Semuanya pun tak boleh! Suka hati Kamal lah Kamal nak jadi apa!” Kamal mengembungkan pipi yang memang sudah kembung. Tanda marah.

Cikgu Anis merendahkan diri dan duduk sama tinggi dengan Kamal. Dia tersenyum kepada Kamal yang masih lagi marah kepadanya. Kamal berpaling.

“Kamal nak tahu siapa yang paling bebas dalam dunia?”

Kamal masih merajuk. Seperti tidak endah sahaja soalan Cikgu Anis. Tiba-tiba Cikgu Anis menunjuk ke arah Kamal,

“Paling bebas dan merdeka dalam dunia di sebenarnya adalah awak Kamal. Bukan kucing, bukan ikan emas.. awak yang paling bebas dalam dunia ni!”

Kamal yang tadi merajuk, kini menumpu ke cikgunya yang tiba-tiba semangat. Kalam hebat seperti ada kuasa masuk dalam diri.

“Awak boleh pergi mana-mana, awak nak jadi apa, awak nak buat apa.. semua awak boleh buat. Jangan letak tembok depan awak. Jangan pandang macam ikan emas dalam balang. Ada banyak lagi yang awak perlu kejar, kat luar, kat sana tu!”  Cikgu Anis bangun melemparkan tangannya ke langit. Gaya bebas tidak terkira.

“Seluas-luasnya! Tiada penghalang!” seolah paling bebas. Macam itulah gayanya.

Kamal mengikut sekali semangat cikgunya. Mengangguk-angguk dan turut sama memandang ke atas melihat langit yang luas dan bebar. Kamal perasan sesuatu yang terbang di awan sana.

“Emm cikgu.. cikgu.. burung tu macam best je terbang sana sini? Tak kena tangkap mana-mana pun?”

“Satu hari nanti, awak mesti tangkap burung tu dan buktikan awak lebih hebat, bebas dan merdeka dari burung tu.  Mesti janji dengan cikgu tau..”

Ah, Kamal tersenyum sambil memandang seekor burung yang dia syak serupa seperti burung yang dahulu itu. Seorang pegawai menghampiri dia. “Dato’ dato’.. “ . Kamal hanya membalas dengan anggukan.

“Pelancaran petang ini semuanya sudah siap. Tiada masalah dato’. Anggaran 3000 orang akan datang melawat petang ini”

Dato’ Kamal Safi bin Mokhtar. Diberi gelaran dato’ kerana ideanya membuat zoo terbesar di asia. Siap prasana moden yang lengkap dan tiada tanding di peringkat dunia. Kalau dibanding sekarang, memang dia lebih bebas dari burung-burung ini.

 

**********

 

Manusia itu sifatnya memang tiada yang boleh halang. Fikirannya tiada yang boleh sekat, hidupnya tiada batas. Cita-citanya gila dan ideanya terjangkau bebasnya.

Akidah sahaja yang menjadi tuan kepada kebebasan kita. Menjadi hamba yang merdeka itulah tujuan kita.

 

Comments

comments

Comments are closed.