Sajak : Peringatan

9508104597_56a06f5cef_b

Oleh : Amiratul Hidayah, Usuluddin Universiti Al-Azhar
Inilah peringatan
buat diriku yang sering lalai
juga untuk kalian yang perlu ku ingatkan.

Setiap kisah pengorbanan kita
bukankah ia memang bagai menjejak derapan kuda Saidina Umar R.A ?

Tidak ingin ku ubah kenyataan
bahawa ‘Sang Mujahid’ itu punyai izzah dalam diri.

Maka, bersedialah wahai jiwa
nyenyak tidur matamu akan disengkang
oleh bakti dan hak yang dituntut manusia.

Maka, ketahuilah wahai akal
kerjamu kini bukan lagi hanya pada memikirkan hidupmu sendiri sahaja
malah ummah menagih janji
jika engkau sempat bermimpi
mimpimu pun akan melaung… BERSEDIALAH !

dan saksikanlah wahai Tuhan Pencipta Alam
inilah langkah kita ;
Langkah di jalanMU.


JALINAN 2013
6 Julai 2013

sumber gambar : Mosa’aberising’s Flickr

Comments

comments

Comments are closed.