Sajak Ramadhan : Tinggalkan Hawa

tumblr_lmanxlYbvc1qkwmgko1_400

Oleh : Syazana Aqilah, Tahun 4, Kuliah Perubatan, Universiti Iskandariah

 

Mendekati garis mula
Sebuah perlumbaan tanpa lawan
Hanya bertarung dengan hawa
Sebahagian dari kita
Pendamping setiap masa

Bersiap siagalah!

Pastikan piala kemenangan tak jatuh ke tangan hawa
Hawa cuma hamba
Kemenangan itu milik iman
Yang berhubung dengan Maha Kuasa
Tempat bergantung seluruh usaha

Larilah!
Pecutlah kepada Dia!
Tinggalkan hawa

Bulan ini pastikan imanmu berjaya
Bebas dari belenggu hawa
Merdekakan jiwa

Letakkan hawa pada tempatNya
Hawa hamba Dia
Kau bukan hamba hawa
Kau juga hamba Dia
Tinggalkanlah hawa

25:43

Comments

comments

Comments are closed.