How-Qolah

How-Qolah (La haula wala quwata illa billa)

Oleh : Amirah Ab Jalil, Tahun 6, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah.

 

Hidup di bawah naungan hawqalah
Jiwa yang lemah
Didokong satu kuasa
Yang mentadbir alam raya

Jiwa yang tiada mampu dan tiada quwwah
Terbang tinggi melonjak jauh
Mencabar gunung
yang enggan menerima risalah
yang hancur berkecai

Jiwa ini sebenarnya mampu

Hidup di bawah naungan hawqalah
Mata mendongak ke atas
Hati tunduk menghamba
Tiada upaya melainkan denganNya

Hidup di bawah naungan hawqalah
Jiwa kau besar
Optimis

Hidup di bawah naungan hawqalah
Jiwa kau jernih
Tiada riya

Semuanya illa billah!

Comments

comments

Comments are closed.