Lunaskan Agendamu

Oleh : Sumaiyah Bt Rushdan, Tahun 1, Kuliah Perubatan Al-Azhar

 

Catatan buat umat,
Hadir dari hati umat Muhammad;

Umatku,
Indahnya jika Islam terus meningkat,
Sehingga tiada yang mampu untuk menggugat,
Ketika itu, kerja kita hampir tamat,
Kita akan berehat, di syurga,
Jika kita pejuangnya.

Umatku,
Sedar dalam layu,
Bukan kerana kamu Melayu,
Tapi atas sebab agendamu kelu,
Ada, tapi tak berani bersuara,
Wujud, tapi mudah tunduk,
Mulia, tapi takut dicerca.

Umatku,
Islammu sudah sebati,
Hakmu sudah terbukti,
Maka apa yang kau tunggu?
Diberikan bendera, baru kau kibarkan,
Atau kaulah yang akan bersengkang mata menjahitnya?
Bukan buatan tangan yang lain,
Bendera yang kau teraskan,

Islam sebagai hidupmu,
Tulen dan asli,
Baik dan murni.

Umatku,
Buka mata hati yang terkatup dengan emosi,
Binalah ilmu,

Sucikan hati dan nafsu,
Kukuhkanlah jati diri murnimu
Aku mahukan kau yang dulu,
Kebaikan yang lalu
Beragenda tak malu, berundur tak mahu,
Demi agama ini,
Agama aku dan kamu.

Comments

comments

Comments are closed.